Cara Tuntut Hutang Dengan Gaya Godfather Di Mahkamah. Sah!

Cara Tuntut Hutang & Ugut Dengan Bergaya *Nilai Hutang Tiada Had. – kos RM350 je.

 

Din : Bile aku boleh dapat balik duit ni?

Usin : Ujung bulan bro. Aku janji.

**

Hujung bulan

Din : Acaner beb, dah ujung bulan ni

** Bluetick

Jahanam…

 

Jangan risau, usahkan rakan-rakan terdekat, malah saudara sedarah sedaging pun
biasa buat perangai macam ni. Time dia minta duit, syurga dan bintang-bintang dilangit pun
boleh di gadaikan. Betul tak?

 

Bila nak minta balik hutang? Kita pulak yang terpaksa datang menyembah kaki. Sudah jadi terbalik.

Silap-silap kita pulak kene marah balik. Kami di loyar.my sudah biasa mendengar keluhan plaintif yang kebanyakannya tersilap langkah akibat percaya sangat dengan pujuk rayu janji bulan dan bintang sebelum menyerahkan wang kepada rakan/kenalan/saudara-mara mereka atas dasar kemanusiaan.

 

Tidak mengapa dan jangan risau. Kami akan bercerita berkenaan kronologinya.

 

Tapi sebelum itu, anda tahu kenapa ramai kaki scammer zaman sekarang menggunakan
surat-surat yang berbau ala-ala perintah mahkamah?

 

Padahal bila anda runjuk balik surat tersebut kepada kenalan anda yang bertugas sebagai peguambela.

Berdekah mereka ketawa. Surat tu tak laku beb. Kenapa anda sampai terpengaruh mahu membayarnya?

Kadang-kadang dengan hanya panggilan telefon dari mahkamah saja pun ada yang terpengaruh dia pergi bayar pulak. Melingkup la anda kena tipu.

 

Paling best, mahkamah buat panggilan telefon hari cuti umum sabtu ahad.

Jeng, jeng, jeng.

 

surat menuntut hutang

Apa isi penting yang mahu di ketegahkan disini?

 

1. Sebarang perkara yang melibatkan nama “Mahkamah”
2. Transaksi duit.

Anda nampak jelas bukan?

Kami di loyar.my ingin berkongsi, bagaimana dengan kaedah yang sama tetapi lebih tepat dan legal, anda boleh menuntut hutang secara sah dan tidak bersalah menggunakan nama mahkamah?

Paling best disini anda tidak terikat dengan sebarang nilai maksimum. Minimum RM5000 nilai pinjaman.

Untuk panduan asas, kami ingin memetik artikel yang diterbitkan oleh Jumpa Kat Mahkamah.

 

Pening nak tuntut hutang tidak melebihi RM5,000 tapi tak mampu hire peguam?
Jangan risau. Kami bocorkan rahsia bagaimana nak buat 🙂 Sila scroll senyap-senyap!

 

Anda boleh buat prosedur tuntutan kecil di Mahkamah Majistret di kawasan anda.
Prosesnya mudah sahaja dan MURAH!

 

  1. Dapatkan borang tuntutan kecil (writ dan pernyataan tuntutan – Borang 198)
    dari kaunter pendaftaran sivil Mahkamah Majistret.
  2. Lengkapkan borang tersebut seperti nama, alamat, jumlah tuntutan, tarikh masa dan asas tuntutan. Tahniah! Anda kini bergelar seorang Plaintif dan orang yang anda nak tuntut itu adalah Defendan.
  3. Failkan 4 salinan borang tersebut di kaunter pendaftaran Mahkamah Majistret. Bayaran fi yang dikenakan cuma lah RM20 sahaja.
  4. Dapatkan resit bayaran dan borang yang telah dicop rasmi oleh Mahkamah. Jika Mahkamah Majistret tersebut mempunyai sistem e-filing, hanya cuma failkan 1 salinan sahaja dan tunggu emel jawapan dari Mahkamah.
  5. Serahkan borang tersebut kepada Defendan. Jika diserah secara peribadi, pastikan terdapat tandatangan akuan penerimaan dari Defendan. Kalau Defendan tak nak terima saman anda baling je ke muka dia sambil kenyit mata dan buat flying kiss 😘
  6. Boleh juga serahkan melalui pos berdaftar ke alamat terakhir Defendan yang diketahui.
  7. Selepas serahan pastikan anda kembali ke Mahkamah Majistret dan buat afidavit penyampaian. Failkan di Mahkamah dan bayaran cuma RM8.00 sahaja.
  8. Hadir ke Mahkamah pada tarikh perbicaraan yang sudah ditetapkan oleh Puan Majistret tu. Kalau cun tolong ejas untuk admin.
  9. Sila bawa semua dokumen asal dan salinan untuk pihak Mahkamah dan juga pihak Defendan. Maka berentaplah dalam Mahkamah tu. Sila rajin sikit tengok series The Firm atau The Suit untuk dapat semangat Harvey Specter.
  10. Kalau Plaintif menang, sila failkan penghakiman di kaunter pendaftaran Mahkamah Majistret. Bayaran cuma RM20 sahaja.

 

Macam mana kalau defendan masih taknak bayar?

 

11. Selepas masa diberikan untuk Defendan bayar ganti rugi masih juga tidak berjaya,
Plaintif hendaklah ke Mahkamah Majistret dan isi borang Notis Tunjuk Sebab (Borang 208).

12. Lengkapkan borang tersebut dan bayar RM20. Mahkamah akan pulangkan borang tersebut yang telah dicop rasmi.

13. Serahkan Borang 208 ini kepada Defendan tersebut dimana dia harus hadir ke Mahkamah untuk Mahkamah mengakses keupayaan Defendan untuk membayar balik hutang.

14. Mahkamah boleh mengeluarkan arahan untuk Plaintif menyita dan menjual harta Defendan, atau Defendan membuat bayaran ansuran bulanan.

15. Mahkamah juga boleh memerintahkan Defendan dimasukkan ke dalam penjara dengan syarat jika Plaintif bersetuju menanggung kos pemenjaraan (kau kena sponsor dia masuk jail la pulak haih).

16. Jika Defendan masih gagal hadir selepas menerima Borang 208, waran tangkap boleh dikeluarkan.

17. Ha senang kan? Kos tak sampai RM200 pun. Sila share dan park di wall mana tahu satu hari nanti anda perlu untuk buat tuntutan kecil di Mahkamah.

 

surat tuntutan hutang 1

 

Lazimnya peguam akan mendapatkan arahan anakguam untuk meneruskan tindakan terhadap defendan tersebut melalui pelbagai tindakan perlaksanaan seperti tindakan Kebankrapan, Garnishee, Writ Penyitaan dan Jualan, Saman Penghutang Penghakiman, Penggulungan Syarikat dan termasuklah seperti surat scammer yang pernah anda terima seperti yang kami ceritakan di perenggan awal tadi. Terus rasa tergesa-gesa nak bayar kan 🙂

 

Selalunya selepas step 1~10 tersebut selesai, pihak defendan (orang yang berhutang) masih kelihatan berlagak hensem dan wajib tayang muka degil tu dikhalayak ramai.

 

Tetapi bila dah masuk step 10~17 tu, dia akan mula buat muka sekupang, tidur tak basah,
makan tak lena, mandi tak kenyang. Kelam kabut nak tukat nama geran bagai ye?

Mintak mahap yob, dah tak sempat. Pandai-pandai miker le nak hidup. Inilah cara nak tuntut hutang yang sebenarnya.

 

Bagi pihak plaintif (orang pemberi hutang) jangan risau, banyak perkara magic wajib akan berlaku. Anda hanya perlu berdoa dan jangan putus asa berdoa.

Tawakal bukan duduk diam saja tau. Sekurangnya anda telah melakukak sehabis baik dengan terhasilnya surat tuntutan hutang yang sah.

Sekiranya nilai pinjaman yang anda berikan lebih daripada RM5000, prosedur yang sama juga boleh dilakukan tetapi ada beberapa dokumen tambahan yang wajib disertakan sekali.

Anda boleh hubungi kami secara personal untuk mengetahui secara detail dan kaedah shortcut.

 

Sekiranya anda masih pening bagaimana cara tuntut hutang melalui peguam, kami sudi membantu.

 

Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi :-

Website Emir Mahmud & Co.

603-41438899 <== Sentuh nombor auto-dail ini

Boleh juga tinggalkan sebarang komen atau pertanyaan di bawah 🙂

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four × four =