Cara Tanam Kesum Paling Mudah Guna Keratan Batang. Tak Perlu Tanah & Baja, 2 Minggu Dah Rimbun!

Cara Tanam Kesum Paling Mudah Guna Keratan Batang. Tak Perlu Tanah & Baja, 2 Minggu Dah Rimbun! | Cuti-cuti macam ni mungkin ramai yang dah mulakan hobi bercucuk tanam. Jangan risau kalau tak ada tanah nak menanam, sebab tak semua pokok kita perlu tanah.

Contohnya pokok kesum ni. Ia tergolong antara tanaman yang cepat dituai dan mudah dijaga. Kalau nak biakkan, boleh guna cara keratan batang sahaja.

Maksudnya bila kita beli kesum untuk memasak nanti, bolehlah kita simpan sebahagian tu untuk dibiakkan. Jadi lepas tu tak payah beli lagi. Lepas 2 minggu dah rimbun![expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Jom cuba teknik yang dikongsikan oleh Mikka Medinna ini, langkahnya memang mudah dan ternyata menjadi.

CARA TANAM KESUM PALING MUDAH GUNA KERATAN BATANG

Cara tanam kesum dengan teknik keratan batang ni sangat mudah sebenarnya.

Bahan yang perlu ada cuma:

  • besen biasa
  • besen penapis
  • keratan batang pokok kesum

CARA-CARA

1. Mula-mula, petik sedikit bahagian batang kesum tu. Pilih batang yang keras sikit, jangan lembut sangat sebab nanti keratan tu akan tumbuh akarnya. Kemudian masukkan di celah-celah penapis.

tanam kesum

2. Nak mudah kawal paras air, tebuk sikit besen tu. Maksudnya kalau terlebih air masa disiram, ia akan melimpah keluar sendiri.

tanam kesum

Nampak tak lubang tu? Kalau tak nampak, boleh tengok dalam bulatan dekat bawah ni.

3. BIARKAN & SIRAM Tak perlu guna baja, siram guna air basuhan beras pun boleh.

tanam kesum

Beginilah hasilnya lepas 2 minggu.

tanam kesum

Mudah kan? Lepas ni senang dah nak masak laksa atau asam pedas. Tak payah dah beli daun kesum. Petik je dekat halaman rumah.

Guna cara ni, dekat balkoni pun boleh tanam sebab tak perlu tanah. Memang mudah dan menjadi elok je.

Tak percaya, cubalah!

*Cara tanam kesum ini dikongsikan oleh Mikka Medinna menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk pada post asal beliau di SINI.

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

9 − 7 =