Cara Simpan Duit Dalam Tabung Tak Boleh Korek Balik, Lepas Setahun Hasilnya Puas Hati!

Cara Simpan Duit Dalam Tabung Tak Boleh Korek Balik, Lepas Setahun Hasilnya Puas Hati! | Setiap orang ada style sendiri simpan duit. Ada yang masuk dalam sampul, simpan dalam dompet letak di pejabat dan buat-buat lupa dan macam-macam cara sebenarnya.

Lelaki ini, Eiyoi Amer ada cara unik buat simpanan peribadi. Tapi dia ada target dalam setiap duit yang dikumpulkan. Boleh rujuk gambar agar lebih jelas. Memandangkan ini awal tahun, mak-mak boleh cuba teknik ini. Hujung tahun nanti mak-mak pecah tabung, tengok hasilnya.. luar biasa ke tak luar biasa jumlahnya.

Hasil Simpanan Selama Setahun

“Hari ni saya nak kongsikan hasil simpanan saya selama setahun. Bermula 1hb Januari 2017 dan sekarang dah genap tempoh simpanan (status ini dimuat naik pada 30 Disember lalu).”

“Sebelum ni saya ada sharekan cara saya menyimpan. Kalau nak tengok boleh view album picture saya yang lepas (dalam facebook beliau).

“Dan hari ni saya nak sharekan hasil simpanan tu. Kepada sesiapa yang tak senang dengan perkongsian ini harap maaf. Tak ada niat untuk riak atau menunjuk-nunjuk, simpanan bukan hasil sekali gus.

“Ianya adalah usaha berterusan. Jadi tak ada sebab saya nak bersikap riak. Jika anda nak berdebat dengan saya berkenaan buat pelaburan lebih baik, sila hadam dua-dua tu perkara berbeza.”

“Saya sharekan untuk memberi inspirasi kepada sesiapa yang nak cuba menyimpan dalam tabung macam saya. Atau jika rasa cara saya simpan duit ni boleh ditiru dan boleh jadi panduan kepada anda dapat juga pahala pada saya.”

View satu-satu gambar untuk melihat jumlah terkumpul dan cara simpan duit. Diharap dapat memberi inspirasi kepada anda. Nak seribu daya.

Panduan Simpan Duit Ikut Nilai

Jumlah tabung yang penuh.

simpan duit

RM 5.00
Matlamat : masukkan setiap kali ada RM5.00
Disiplin : wajib ( anggap RM5.00 tak ada nilai)
Jumlah tabung penuh : 3
Jumlah wang terkumpul : RM1490

simpan duit

RM10.00
Matlamat : masuk jika RM10 lebih 4 keping dalam dompet
Disiplin : wajib
Jumlah tabung penuh : 1
Jumlah wang terkumpul : RM820

simpan duit

Tabung Pendidikan Anak RM1.00
Matlamat : RM1.00 setiap hari plus cuti
Disiplin : wajib
Jumlah tabung penuh : 6 tabung
Jumlah wang terkumpul : RM800

simpan duit

RM1.00
Matlamat : masukkan RM1.00 sebanyak mana mampu sahaja.
Disiplin : jika ada
Jumlah tabung (tin) penuh : 1
Jumlah wang terkumpul : RM320

simpan duit

RM5 = RM1490.00
RM10 = RM820.00
RM1 anak = RM800.00
RM1 = RM320.00
Syiling RM0.10 – RM0.20 = RM 81.00 ( tiada dalam gambar)
Syiling RM0.50 = RM510.00 (tiada dalam gambar)
Jumlah semua = RM4021.00

simpan duit

Nak seribu daya.

Sumber/Foto : Eiyoi Amer

Jika anda suka dengan artikel cara simpan duit dalam tabung ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 × 4 =