Home All Petua Dapur Cara Buat Dan Siang Sotong Kembang Supaya Lebih Sedap, Lembut dan Terjamin...

Cara Buat Dan Siang Sotong Kembang Supaya Lebih Sedap, Lembut dan Terjamin Kebersihan

19955
0

Ibu-ibu yang suka masak dan anak ramai biasanya mesti kenal sangat dengan sotong kembang yang banyak di jual di pasar basah, iaitu sotong kering yang direndam sehingga kembang dan lembut, sesuai dimasak sambal dan lain-lain.

Alahai sedapnya masakan berasaskan sotong kembang! Lebih-lebih lagi sambal tumis yang cukup rasa pedas, manis dan sedikit masam.

Namun, cara menyiang sotong kembang juga penting agar hasilnya anda mendapat daging sotong yang lembut dan juga tidak berbau.

sotong kembang

Ikuti langkah ini, pasti sambal tumis sotong kembang anda semakin enak nanti!

Cara-caranya:

  1. Pilih sotong yang agak segar, cuci bersih.
  2. Siapkan bahan untuk dicampur dengan air rebusan untuk mencelur sotong. Antaranya 4 batang serai, 2 inci halia, 1 labu bawang besar, 1 inci lengkuas, 5 ulas bawang putih. Kesemua bahan tadi dipotong-potong. Letak sedikit garam.
  3. Didihkan air hingga naik bau dah boleh masukkan sotong, celup jangan lama, 6-7 minit dah masak. Angkat, toskan air dan sejukkan sebentar.
  4. Cara nak siangnya tarik dulu ekor kecil yang di bahagian atas si sotong.
  5. Kemudian tarik lapisan-lapisan yang ada pada badannya.
  6. Bahagian dalam bersihkan seperti biasa.
  7. Seterusnya potong mengikut saiz yg anda suka. Kemudian cuci bersih. Toskan.

# Masukkan dalam masakan seperti sambal tumis yang sudah hampir masak kerana sotong ini tak perlu dimasak lama. Ia sudah sedia masak ketika dicelur sebelum itu.

Cara-Cara Buat Sotong Kembang

Nak buat sotong kembang tak susah sebenarnya, kita hanya memerlukan beberapa jenis peralatan:-

  1. Baldi atau besen ( kalau boleh stainlessteel lebih baik ) kalau takde plastik pon ok, guna dulu apa yang ada.
  2. Penimbang ( Guna masa nak timbang berat dah siap nanti ).
  3. Sudu dan senduk

Antara bahan – bahan yang diperlukan pula.

  1. Sotong kering yang bersaiz besar
  2. Air abu @ abu jang ( boleh didapati di kedai runcit )
  3. Air bersih

Cara-Caranya:

  • Cara nak menyediakan sotong kembang bermula dengan membasuh dahulu sotong kering dengan air yang bersih, yang terbaik di basuh 3 kali.
  • Kemudian kita sediakan air untuk merendam sotong tersebut dengan nisbah 1 air abu dan 10 air bersih (1:10). Jika menggunakan abu jang, sukatannya 1-2 ketul abu jang dengan air 10 liter.
  • Seterusnya kita rendam sahaja sotong kering tadi kedalam air abu yang telah kita sediakan tadi. Masa yang diperlukan untuk merendam sotong adalah antara 5 hingga 6 jam.
  • Selepas 6 jam sotong tersebut dikeluarkan, dan direndam pula kedalam air panas selama 1 jam untuk hasil yang terbaik.
  • Nah! Dah siap sotong kembang kita. Mudahkan.!

Nota:-
Sotong kembang dikenali sebagai produk yang mengganda dalam tidur setiap pengusahanya. “Dalam tidurpun boleh gandakan pendapatan”

Mengapa begitu?

Sudah pastikan kenapa. Namanyapun sotong kembang. Sotong kering yang direndam sebelum masuk tidur masih kurus dan sekeping. Bangun je pagi, sotong tu  dah jadi mantap dan tebal. Cuma perlu direndam dengan air panas untuk buang permukaan keras yang terhasil dipermukaan sotong. Cuba timbang berapa berat sotong tu.

Selamat mencuba…

TERUSKAN MEMBACA

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here