Cara Mudah Masak Roti Puri Di Rumah Lebih Sedap Guna Tepung Gandum.

Roti Puri homemade ni memang sesuai jika dijadikan hidangan sarapan keluarga. Cicah dengan lebihan gulai atau kari, memang layan. Nampak susah tapi rupanya sangatlah mudah resipi perkongsian saudari Aien Ismail ni. Bahan-bahannya pun ringkas je. Sekali cuba, pasti puas hati. Jom lihat bahan serta cara-cara pembuatannya.

ROTI PURI HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 6 sudu makan minyak masak
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan yis
  • 2 sudu teh garam
  • 1 cawan air panas

CARA MEMASAK:[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

1. Satukan tepung gandum, minyak masak, gula, yis dan garam dalam bekas. Gaul hingga sebati dan berderai.

Roti Puri

2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga tidak melekat. Jika doh keras, tambah sedikit air masak.

3. Bila siap diuli, bulat-bulatkan doh sebesar bola pingpong. Perap dalam 15 minit.

Roti Puri

4. Ambil doh dan gelek nipis. Lakukan hingga habis.

Roti Puri

5. Panaskan minyak masak dan masukkan sekeping doh. Simbah minyak diatas doh supaya menjadi kembung.

https://www.facebook.com/100001876482585/videos/2248414258564435/

6. Bila roti kekuningan, angkat dan sedia untuk dinikmati dengan kuah kari atau lain-lain ikut citarasa.

Roti Puri

INFO: Jika doh terlalu banyak dan tak habis dimasak sekaligus, boleh letak doh dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.

Kredit resipi & foto: Aien Ismail[/expander_maker]

You might also like
1 Comment
  1. […] Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kita sering mendengar keluhan rakyat Malaysia tentang bekalan roti buku yang tidak mencukupi di kedai-kedai. Sehingga terdapat satu video yang tular menunjukkan Roti […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.