Home All Petua Dapur Masak & Tinggal, Cara Mudah Buat Nasi Impit. Keluar Seketul Cantik Macam...

Masak & Tinggal, Cara Mudah Buat Nasi Impit. Keluar Seketul Cantik Macam Ni!

3585
0
Masak & Tinggal, Cara Mudah Buat Nasi Impit. Keluar Seketul Cantik Macam Ni!

Asyik beli ketupat segera je, apakata kita belajar buat sendiri nasi impit. Sebenarnya tak susah manapun nak buat cuma kena rajin je. Boleh cuba cara yang dikongsi oleh Wan Ros Ina Lina, sebab caranya menarik.

Tip ini menggunakan pressure cooker. Tapi buat yang tiada periuk ini boleh cuba menggunakan rice cooker biasa.

Cara Mudah Buat Nasi Impit:

Beras 1 cawan + air 3 cawan ( beras biasa bukan basmathi) Basuh beras bersih-bersih dan masukkan air (saya masak 3 cup beras + 9 cup air).

Masukkan ke dalam pressure cooker (saya guna jenama Primada). Tekan butang congee /soup. Kemudian dah boleh tinggalkan. Boleh buat kerja lain.

Jangan guna periuk steel, masak nasi dalam periuk non stick supaya senang nak terbalikkan nasi impit nanti. Barulah nasi impit keluar cantik tak melekat.

nasi impit

BACA JUGA: Cara Buat Bubur Lambuk Guna Rice Cooker. Cukup Mudah, Cepat & Sedap Pula Tu!

Bila dah masak satu tip untuk keselamatan, jangan release wap biarkan wap keluar sendiri. Lepas beberapa minit dah nampak macam ok barulah buka tudung pressure cooker.

Angkat periuk kemudian tekan nasi biar padat. Guna senduk kayu saja, tekan biar padat dan nampak kemas.

Kemudian biarkan nasi impit sejuk tak perlu salin ke bekas lain. Bila dah betul-betul sejuk, baru terbalikkan. Kemudian bolehlah dipotong. Kalau masih panas /suam jangan keluarkan lagi dan jangan potong, biar dulu beberapa jam.

Siap! Boleh makan dengan kuah kacang atau sambal ikan.nasi impit

Sumber: Wan Ros Ina Lina

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here