Home All Petua Dapur Inilah 5 Cara Mudah Bersihkan Oven Tanpa Menyental, Semua Kerak Tanggal

Inilah 5 Cara Mudah Bersihkan Oven Tanpa Menyental, Semua Kerak Tanggal

27031
0
bersihkan oven
Inilah 5 Cara Mudah Bersihkan Oven Tanpa Menyental, Semua Kerak Tanggal 1

Apabila ibu-ibu banyak idea untuk memasak juadah untuk famili, biasanya oven atau ketuhar masing-masing akan menjadi semakin aktif dengan pelbagai resipi pencuci mulut mahupun hidangan utama.

Sedar tak sedar, oven pun dah makin kotor dan berkerak. Jangan risau, sebenarnya ada cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan semua kotoran tersebut dengan mudah dan pantas.

Berikut ada beberapa cara bersihkan oven atau microwave yang boleh anda cuba di rumah.

5 Cara Bersihkan Oven Tanpa Menyental

1. GUNAKAN AIR

Pertama sekali, letakkan mangkuk tahan panas yang berisi air ke dalam oven. Pasangkan oven pada suhu tinggi untuk selama 20 minit. Proses ini dapat membantu menanggalkan gris dan kerak pada permukaan oven.

Apabila ia menyejuk / suam, lapkan permukaan dalaman dengan tisu dapur / kain pengelap yang bersih. Lakukan langkah ini setiap kali anda selesai menggunakan ovensupaya ia mudah untuk dibersihkan.

bersihkan oven

2. CUKA

Campurkan 1 liter air bersama 8 sudu cuka. Celup kain dalam air cuka dan lapkan oven.Biarkan selama 15 minit dan bilaskan dengan air bersih. Kesan kehitaman akan segera menghilang.

Cara bersihkan oven sebegini paling sesuai jika anda mencuci oven dalam masa terdekat selepas ia digunakan. Cuka bukan saja bertindak menghilangkan kotoran, tetapi sifat keasidannya turut menjadi pelindung anti-kulat.

3. SODA BIKARBONAT

bersihkan oven

Boleh juga menggunakan soda bikarbonat bersama dengan sedikit cuka. Campurkan kedua-dua bahan ini dan biarkan ia menjadi pes. sapukan pes ini pada permukaan ovenyang terdapat kesan degil.

Biarkan pes ini selama 1 jam hingga 12 jam. Lagi lama lagi berkesan, bergantung kepada tahap kotoran yang terdapat pada oven. Kemudian, lapkan semula dan bilas.

4. LEMON / LIMAU NIPIS

Kalau tak ada cuka, gunakan perahan lemon atau limau nipis untuk menggantikan cara ke-3 di atas. Sifat keasidan lemon bukan saja bertindak sebagai pencuci semulajadi, tetapi turut memberi bauan segar pada oven. Campurkan bersama soda bikarbonat / baking powder dan sapukan pes ini pada permukaan oven.

Selepas dibiarkan 1 jam atau lebih, gunakan kulit lemon atau limau nipis tadi untuk menggosok kesan kehitaman atau kerak dalam oven. Kotoran degil akan tanggal dengan berkesan.

5. SPRAY CUKA

Jika masih tertinggal sedikit kesan kotoran, masukkan cuka (bersama sedikit titisan lemon jika ada) ke dalam botol spray dan semburkan pada permukaan tersebut. Biarkan seketika dan lap. Ulangi langkah ini beberapa kali.

MUDAH & BERKESAN

Demikian tadi cara bersihkan oven yang boleh anda lakukan. Boleh rujuk video di bawah untuk lebih faham.

Selamat mencuba!
Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here