Home All Petua Kebersihan Diri Inilah 8 Cara Merawat Cagu Kaki Dengan Mudah & Mencantikkan Kuku Anda...

Inilah 8 Cara Merawat Cagu Kaki Dengan Mudah & Mencantikkan Kuku Anda Kembali

7461
0
Inilah 8 Cara Merawat Cagu Kaki Dengan Mudah & Mencantikkan Kuku Anda Kembali

Inilah 8 Cara Merawat Cagu Kaki Dengan Mudah & Mencantikkan Kuku Anda Kembali | Bila sebut jer pasal CAGU, pasti ramai yang tahu makna cagu kaki ni. Kalau belah pantai timur, ada yang panggil dengan panggilaN CEKAM. Cenkaman maut atau cagu sejenis penyakit yang berlaku di ibu jari kaki yang akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

Cagu kaki adalah keadaan di mana kuku jari menumbuh ke sisi dan menekan tisu di bahagian tepi jari. Sebagai tindak balas, tisu di sisi kuku mengalami keradangan dan menjadi tebal. Ia paling kerap berlaku pada ibu jari kaki. Kerap kali pula ia dijangkiti kuman dan mengeluarkan nanah.

Anda boleh dengan mudah mengenali cagu kaki apabila kulit meliputi kuku jari kaki itu. Jari kaki akhirnya menjadi merah, bengkak, dan amat menyakitkan. Kadang-kadang,kulit boleh berasa tegang atau sakit jika disentuh. Jika terdapat jangkitan, anda juga boleh melihat sedikit nanah terkeluar dari lapisan kulit di mana kuku mencengkam ia.

Ia menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang amat sangat. Ia juga mengakibatkan gangguan emosi terhadap pesakit akibat bau yang kurang menyenangkan dan pesakit tidak boleh memakai kasut akibat kesakitan.

Cagu kaki ini akan menyebabkan nanah dan baunya sangat busuk. Cagu ini adalah disebabkan penjagaan kebersihan kaki yang kurang baik disamping pemakaian kasut yang sempit.

Penyakit cagu berlaku kerana :

  • Cara pemotongan kuku yang salah
  • Terlebih potong kuku hingga mengcungkil ke celah dalam kulit
  • Memakai kasut yang ketat terlalu lama
  • Memaksa memasukkan kaki hingga hujung jari sempit
  • Kuku tumbuh dengan tidak sempurna lalu mencengkam ke dalam kulit daging

cara merawat cagu, cagu kaki, rawat cagu kaki, punca cagu kaki

Cara Merawat Cagu Kaki:

Petua 1: Limau Nipis

  1. Ambil sedikit perahan air limau nipis dan sapukan ke kuku yang mencengkam daging jari kaki anda itu.
  2. Sebelum itu potonglah kuku jari kaki duhulu supaya air limau itu dapat meresap ke dalam cagu.
  3. Cuba lakukan 2 kali sehari dengan menitik air perahan limau itu ke cagu kaki anda. InsyaALLAH sakit akan berkurangan dan sembuh.

Petua 2 : Santan Kelapa

  1. Ambil segenggam kelapa parut, yang belum diguna lagi.
  2. Perah santan pekatnya kat atas cagu/cekam tu biarkan seketika, dan bilas dengan air bersih. Lakukan cara merawat cagu menggunakan santan ini berulang ulang kali. insyaALLAH cepat sembuh

Petua 3 : Daun Inai

  1. Mula-mula, ambil segenggam daun inai dan tumbuk sampai halus.
    2. Kemudian, balutkan pada ibu jari anda yang kena cagu tu.
    3. Biarkan sampai ia kering dan barulah anda buangkan inai tadi.
    4. Jika cagu anda masih belum surut, ulangi langkah 1 – 3 di atas.

Petua 4 : Daun Keembung Putih

  1.  Ambillah 8 helai daun keembung putih dan tumbuk sampai halus.
    2. Balutkan pada ibu jari anda yang ada cagu tadi.
    3. Lepas tu, bungkus pula balutan tu dengan plastik.
    4. Sejam kemudian, barulah anda buka bungkusan dan balutan tadi.
    5. Teruskan langkah cara merawat cagu di atas sampailah cagu kaki anda tu sembuh.

Petua 5 : Kunyit + Daun Inai + Kapur Sirih

  1. Ambil beberapa helai daun inai dan masukkan dalam lesung batu.
  2. Masukkan juga sedikit kunyit dan kapur sirih.
  3. Tumbuk kesemua bahan di atas sampai lumat.
  4. Kemudian, tempel atau letakkan bahan tadi pada kuku anda yang sakit atau cengkam.
  5. Jika mahu, anda boleh balut bahan yang telah diletakkan pada kuku tadi dengan kain bersih.
  6. Bila dah kering, anda boleh gantikan dengan campuran inai, kunyit dan kapur sirih yang baru. Ulangilah proses cara merawat cagu di atas sehinggalah kuku anda pulih.

Petua 6: Cili Kering

  1. Ambil setangkai cili kering. Kemudiannya potong di bahagian hujung cili kering tersebut.
  2. Ambil minyak masak dan kemudian isikan cili kering tersebut dengan minyak masak tersebut. Isi dalam kuantiti yang sedang-sedang, jangan sampai melimpah keluar minyak daripada cili tersebut.
  3. Selepas itu layurkan cili kering tersebut dengan api sehingga jadi kehitam-hitaman. Boleh pakai lighter, lilin atau pun sekadar layurkan pada api dapur.
  4. Minyak yang berada di dalam cili kering tersebut kemudiannya disapu dan dilumurkan pada bahagian kuku cekam tadi. Ulang cara merawat cagu ini sehingga cagu kaki tersebut sembuh.

Petua 7: Merendam kaki

  1. Anda dinasihatkan untuk merendam dahulu kaki selama 20 minit di dalam air garam untuk melembutkan bahagian kuku yang bermasalah.
  2. Kuku yang lembut akan memudahkan anda untuk membuang serta mengurangkan jangkitan dan kesakitan.

Petua 8: Cuka epal

  1. Beberapa titik cuka epal dimasukkan ke dalam air rendaman kaki boleh mengurangkan jangkitan pada kuku yang terkena cagu.
  2. Cara merawat cagu menggunakan cuka epal ini boleh membunuh kuman dan bakteria yang ada di bahagian tersebut.

Jika anda suka dengan artikel cara merawat cagu ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Selamat Mencuba!

TERUSKAN MEMBACA

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here