Home All Petua Dapur Wanita Kongsi Cara Mengusir Semut, Spray D.I.Y Ni Memang Berkesan Untuk Tempoh...

Wanita Kongsi Cara Mengusir Semut, Spray D.I.Y Ni Memang Berkesan Untuk Tempoh Lama

13807
1
Wanita Kongsi Cara Mengusir Semut, Spray D.I.Y Ni Memang Berkesan Untuk Tempoh Lama

Wanita Kongsi Cara Mengusir Semut, Spray D.I.Y Ni Memang Berkesan Untuk Tempoh Lama | Kebiasaannya emak-emak memang boleh stres kalau rumah banyak semut ni, pantang ada minuman manis atau makanan tumpah, pasti berduyun semut akan datang.

Ada anak kecil tahu-tahu aje la, memang ada saja makanan die yang tumpah. Geram betul sebab sampai ke bekas susu anak pun semut hurung. Tu belum lagi part merayap atas badan & menggigit masa si kecik ni tidur.

Kebetulan rumah memang dekat juga dengan tempat buang sampah. Macam mana jaga pun, semut tetap juga masuk. Kekadang masuk dari rekahan-rekahan kecik kat dinding-dinding, kekadang ikut tingkap dapur, dari balkoni bagai.

Ada yang kata tak boleh bunuh semut. Tapi pernah dengar ceramah ustaz, yang tak boleh tu kalau kita sengaja bunuh atau pergi bakar sarang semut yg tiada kena mengena dengan kita.

Tapi dibolehkan bunuh semut kalau sampai dah mengganggu manusia (masuk rumah, hurung makanan & menggigit). Camtu jugak kalau semut merosakkan tanam-tanaman sampai buah atau hasilnya terjejas.Wanita Kongsi Cara Mengusir Semut, Spray D.I.Y Ni Memang Berkesan Untuk Tempoh Lama

Biasanya kalau kat luar rumah, saya guna racun serangga je. Tapi jarang spray kat dalam rumah sebab ada anak kecik. Guna racun serangga organik untuk spray dalam rumah tapi semut tak mati pula.

Spray serai wangi pun tak berkesan😅 Sebelum ni pernah guna beberapa petua mengusir semut, tapi semuanya mengecewakan. Yerlah bukan semua petua mengusir semut tu sesuai dengan species semut yang berbeza kan.

Huhu.. Yela, petua tu dah terang-terang nak mengusir semut je bukan membunuh semut. Memang lah semut tak ikut laluan tu, tapi die buat jalan baru pulak😂 Dah tu semut makin banyak.

Ni fakta tentang semut yang korang patut tau supaya memudahkan korang membasmi semut.

  • semut dapat detect saki-baki bau gula atau manisan walaupun korang rasa korang dah lap sebersih-bersihnya
  • semut hasilkan bahan kimia masa berjalan supaya dia boleh balik ke pangkal jalan aka sarang tanpa sesat😄
  • kalau korang perasan, semut ni selalu jer ada scout die sekor-sekor meronda kawasan carik punca makanan baru. Kalau tak kawal peringkat ni, laluan tu akan jadik jalan baru lak untuk semut hurung makanan.
  • kadang-kadang dalam 1 sarang semut, ada lebih dari 1 koloni semut. Kalau korang guna racun jenis serbuk (yang semut makan tu), jangan terkejut pulak kalau lepas 1 spesis takde, muncul pulak semut spesis lain. (pernah beberapa kali alami sendiri)
  • ni info yang sangat penting, Kalau korang tak kawal semut kat rumah, populasi semut makin banyak. Bila dah banyak ratu-ratu muda, semut akan mula cari sarang baru. Lepas tu jenuh la korang nak spray serata rumah.

Cara mengusir semut agar tidak datang lagi.

Saya gunakan spray serbaguna homemade ni untuk mengusir semut. Yang pasti, selamat digunakan kalau ada anak kecik sekalipun😊

Kawasan-kawasan yang anak tak boleh capai lak, saya guna racun jenis serbuk (untuk kawal populasi semut yang bersarang dalam rumah). Yang ni boleh beli kat kedai DIY. Alhamdulillah, boleh la lega untuk sebulan dua sebelum semut menyerang balik😁

Spray serbaguna (homemade)

wanita kongsi cara halau semut dengan spray d.i.y ni, memang berkesanBahan-Bahan:

  • ¼ cawan cuka putih
  • 1¼ cawan air paip
  • 1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan

Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray dan sembur di tempat banyak semut untuk mengusir semut-semut tersebut.

BACA JUGA: Cara Mudah Dan Berkesan Atasi Masalah Najis Cicak

wanita kongsi cara halau semut dengan spray d.i.y ni, memang berkesan

wanita kongsi cara halau semut dengan spray d.i.y ni, memang berkesan

* Bancuhan ni sebenarnya tiada sukatan yang tetap pun, TAPI kalau cuka terlebih, cat dinding atau perabot anda mungkin akan rosak, kalau terlalu cair pulak tak berkesan & kalau terlebih sabun licin sangat bila dah kering.
* Yang saya buat ni 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.
* Kalau guna sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi tak berapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak.

Kegunaan selain dari mengusir semut :

1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ni bukan je membunuh nyamuk, lalat & semut. Tapi cuka tu hilangkan bahan kimia yang dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).

2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecik ni tumpahkan air manis, lepas bersihkan dengan air supaya tak lekit, saya guna spray ni je. Senang keje 😄

3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur lepas memasak tu. Dah tak payah beli mahal-mahal la lepas ni😊

4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).

5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pn boleh mati kalau terkena😁)

6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.

7. Kaedah ini juga sesuai untuk mengusir semut pada tanaman.

BACA JUGA: 8 Petua Halau Semut Yang Berumah Dalam Bekas Gula Anda

Nota semut : Apa pandangan anda, mohon kongsikan diruang komen fb atau blog dibawah. Sharekan petua ibu kepada rakan-rakan anda juga 🙂

TERUSKAN MEMBACA

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here