Home All Petua Kewangan Cara Menabung Untuk Ibadah Korban Tahun Depan, Cuma Simpan RM2 Sehari Dapat...

Cara Menabung Untuk Ibadah Korban Tahun Depan, Cuma Simpan RM2 Sehari Dapat Satu Bahagian

1250
0
Cara Menabung Untuk Ibadah Korban Tahun Depan, Cuma Simpan RM2 Sehari Dapat Satu Bahagian

Mungkin ada yang berhajat nak buat ibadah korban tahun ini tak kesampaian kerana kekangan kewangan. Yalah kalau ikut harga sekarang, 1 bahagian lembu saja dah cecah RM700, jika korban di dalam negara.

Kalau keluar duit sekali gus memang agak terasa, apa kata kalau buat tabungan sedikit demi sedikit untuk ibadah korban tahun depan seperti dikongsi oleh Azwa Ahmad.

Tempoh menabung tak sampai setahun, selama 345 hari dan jumlahnya pun tak banyak. Boleh menabung serendah RM0.95 sen saja untuk satu bahagian korban (luar negara). Sebaiknya mula 8/8/2020 hingga menjelang ibadah korban tahun depan 18/7/2021.

BACA JUGA: Simpan RM30 Sebulan Dari Umur Anak 6 Bulan, Lepas 17 Tahun Ada Lebih RM10K Dalam Tabung Haji

Harga bahagian Ibadah korban VS tabungan sehari

Harga Dalam Negara

1 bahagian lembu = RM 700 (bahagi 345 hari = RM2.05 sehari)Ibadah Korban

1 ekor lembu = RM 4,900 (bahagi 345 hari = RM14.25 sehari)Ibadah Korban

1 ekor kambing = RM1000 bahagi 345 hari = RM2.90 sehari)Ibadah Korban

BACA JUGA: Korban Menggunakan Daging Wagyu RM30,000 Tidak Menjadi Masalah Dalam Islam

Sekiranya mahu harga yang lebih murah bolehlah melakukan korban di luar negara. Harga bahagian korban di luar negara (Bangladesh, Kemboja dan Indonesia)

1 bahagian lembu RM320 (bahagi 345 hari = RM0.95 sehari )
1 ekor lembu = RM 2,240 bahagi 345 hari = RM6.50 sehari
1 ekor kambing = RM 550 sahaja bahagi 345 = RM1.60

Moga istiqomah menabung ya.

Sumber : Azwa Ahmad

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here