Inilah 4 Cara Memilih Sotong Yang Segar Dan Sedap Dimasak

Cara Memilih Sotong Yang Segar Dan Sedap Dimasak | Ini namanya sotong cumi atau sotong putih. Sotong ini banyak dijual di pasar termasuklah di beberapa pasaraya besar. Harganya sekitar RM12 hingga RM60 sekilo bergantung pada saiz dan tahap kesegaran.

Memilih sotong dan membeli sotong segar memerlukan sedikit ilmu dan ketelitian. Semua orang boleh beli sahaja tanpa memilih sotong yang sebenarnya lebih segar. Ada jenis yang tengok dalam pinggan tu lebih banyak sotong yang tu lah yang dipilih. Sebab apa? Kuantiti lebih banyak walhal sotong tu dah tak segar.

Disini CCL nak share serba sedikit ciri ciri sotong segar yang boleh dijadikan panduan.

4 Tip Memilih Sotong Yang Segar Sebelum Dibeli

1. Badannya kenyal dan tidak lembik apabila ditekan. Kepala dan badannya juga tidak tertanggalapabila diangkat. Satu lagi, mata sotong yang segar kelihatan cantik dan tidak sembab seperti mata kau. Okay, gurau je. Hihi.

2. Badan berwarna putih bening dan hanya ada sedikit bintik hitam(Kecuali sotong merah/cabai). Sotong ini masa dalam laut badan dia lutsinar. Maknanya boleh nampak semua organ dia. Tetapi bila naik ke darat, ia akan bertukar putih.(Seperti dalam gambar)

Apabila dibiarkan terlalu lama atau terluka, kulit luar sotong akan bertukar merah keunguan. Ramai yang menyangka sotong begini segar walhal tidak sebenarnya. Tetapi walaupun kesegarannya sudah berkurangan, manis sotong itu tidaklah hilang terus dan masih sedap dimakan jika pandai masak.

Cuma,elakkanlah memilih sotong yang kulitnya sudah terobek lesu dan berwarna ungu tua. Itu betul punya sotong lama.

cara memilih sotong, cara masak sotong, cara pilih sotong segar, cara pilih sotong cumi, sotong cumi, masak sotong cumi

3. Sotong segar juga tidak berbau hanyir dan ada sejenis lendir yang menyelaputi badannya.

4. Tidak direndam atau diletakkan dalam ais. Sotong segar biasanya dijual dengan cara membiarkannya terdedah diatas meja atau dalam pinggan. Ada dua sebab kenapa sotong diletakkan bersama ais. Pertama, untuk mengekalkan kesegaran. Kedua, untuk menyembunyikan kecacatan sotong. Apapun rujuk semula point 1,2, dan 3.

Jadi, begitulah serba sedikit tip untuk mengenal sotong segar. Semoga membantu korang untuk lebih bijak membeli makanan laut di pasar dan pastinya masakan korang rasanya lebih padu!. Yang segar segar ini biasanya manis dia perghh lain macam sikit. Tak percaya pergilah cari sotong segar esok!

sumber : cik capucinolatte

BACA JUGA: Cara Siang Sotong Kembang Supaya Lebih Sedap Dan Lembut

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four × one =