Cara membaja Pokok Dalam Pasu Untuk Yang Baru Belajar Bercucuk Tanam

Cara Membaja Pokok Dalam Pasu Untuk Yang Baru Belajar Bercucuk Tanam | Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan Mac lalu, ramai yang mula belajar bercucuk tanam untuk mengisi masa bila tidak dibenarkan keluar dari rumah.

Aktiviti ini bukan sahaja boleh membantu meningkatkan kesihatan kepada kita tetapi jika tengok pada jenis tanaman boleh juga mendatangkan hasil yang lumayan malahan menjadi sumber makanan kita sekeluarga.

Bagi yang baru belajar menanam ini, ilmu membaja pokok juga perlu ada. Barulah tanaman subur dan menampakkan hasil terutama bagi yang menanam pokok dalam pasu atau bekas.

BACA: Resepi Baja Organik Suburkan Tanaman Hasil Campuran Belacan dan Ajinomoto

Boleh jadikan perkongsian Mohd Azrin Roselan sebagai panduan.

Tip panduan membaja pokok dalam pasu atau bekas untuk beginner

membaja pokok

Perkongsian tip membaja pokok ini adalah umum. Boleh dijadikan rujukan untuk beginner. Masa saya mula-mula dahulu tertanya-tanya jugak.

Macam mana nak baja? Berapa banyak baja nak guna? Bila nak baja? Berapa kerap nak baja?

Pokok boleh baja selepas 2 minggu atau lebih selepas tanam. Kalau semai biji benih boleh mula membaja selepas daun 4 hingga ke 5 helai. Ini adalah panduan umum. Bergantung kepada keadaan pokok.

Cara membaja tanaman dalam pasu

1. Gemburkan tanah. Tanah akan menjadi padat selepas disiram air. Kita nak longgar tanah bertujuan baja yang ditabur mudah menyerap ke dalam tanah.

membaja pokok

2. Ambil baja dalam 1 sudu ke 2 sudu bergantung kepada usia pokok. Kalau pokok muda boleh separuh sudu.

membaja pokok

Jika tidak mempunyai rujukan pada baja yang dibeli. Kadang-kadang beli baja tak ada label yang loose pack. Sebaiknya ikut panduan aturan pembajaan yang tertera pada peket baja.

3. Tabur sekeliling pasu jauh dari pangkal pokok untuk elak batang pokok lecur terkena baja. Mengalak akar bercambah.

4. Siram air secukupnya selepas membaja. Tanah media yang baik, airnya tidak bertakung. Sambil membaja bolehlah berselawat.

membaja pokok

Ulang pembajaan 2 minggu sekali. Jika nampak sesuatu tidak kena pada pokok selepas pembajaan boleh kurang kuantiti baja.

Moga-moga panduan umum untuk beginner ini boleh dijadilan rujukan. Selamat bercucuk tanam.

Sumber: Mohd Azrin Roselan

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

3 − 1 =