Ini Cara Melebatkan Buah Mulberry Yang Memang Menjadi!

Ini Cara Melebatkan Buah Mulberry Yang Memang Menjadi! | Mesti ramai yang minat dengan buah mulberi / mulberry ni kan? Buah ni rasa dia masam-masam manis ala-ala strawberi atau blueberry macam tulah. Lagi hitam buahnya, lagi manis rasa dia.

Memang syok sangat kalau dapat makan buah mulberi macam tu je, lebih-lebih lagi bila baru dipetik. Fresh betul!

Selain itu, buah mulberi juga boleh dibuat jus, jem atau dimasukkan ke dalam kek atau muffin.

Makan dengan yogurt, cereal / oat atau aiskrim pun sedap tau. Taburkan ala-ala kismis untuk memberi kepelbagaian tekstur dan rasa. Khasiatnya pun banyak tau.

CARA TANAM POKOK MULBERRY DALAM PASU

Nak tanam pokok mulberry ni sebenarnya mudah aje iaitu dengan menggunakan keratan batang yang telah matang.

Pastikan keratan batang pokok mulberry ditanam dengan cara yang betul iaitu mata tunas mesti menghala ke atas. Jangan tanam terbalik tau. Lepas tu bolehlah siram dengan air.

Keratan pokok mulberi yang sudah ditanam seeloknya diletak di kawasan teduh terlebih dahulu sehingga 4 minggu atau sehingga mata tunas mengeluarkan tunas kira-kira 3 inci.

Selepas itu barulah dipindahkan ke kawasan menerima sinaran matahari penuh. Tapi kan, ada yang mengadu dah tanam pokok mulberi ni berbulan-bulan tapi buah mulberi masih tak nampak bayang.

Rupanya ada teknik yang perlu dilakukan supaya pokok mulberi tu meriah buahnya…

Di sini kami ingin kongsikan sebuah posting menarik oleh Siti Saja menerusi Group Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri tentang cara melebatkan buah mulberry yang mesti dicuba!

Melebatkan Buah Mulberry

CARA MELEBATKAN BUAH MULBERRY

Tanam dalam pasu menggunakan teknik lenturan. Nah tengok ni…. Memang meremut buahnya keluar!

Caranya mudah saja. Jom saya terangkan langkah demi langkah di bawah.

1. CARA CANTAS POKOK UNTUK BESARKAN BUAH

Mungkin ramai tak tahu, salah satu cara melebatkan buah mulberry yang paling menjadi ialah dengan meluruhkan semua daun sampai pokok betul-betul togel.

Daun tu bolehlah buat teh atau boleh juga buat goreng tepung, tak kisahlah. Yang penting mesti buang semua daun tu untuk ‘memaksa’ pokok berbuah. Lepas tu, cantas juga semua pucuk yang ada.

Dalam masa lebih kurang seminggu dua, akan muncul banyak tunas baru beserta putik-putik buah. Setelah buah hampir masak, luruhkan semua daun sekali lagi. Ini untuk memberi peluang buah membesar tanpa perlu bersaing dengan daun.

Melebatkan Buah MulberryFoto Kredit: Amy Izzlyn

2. CARA BUAT TEKNIK LENTURAN.

Satu lagi cara melebatkan buah mulberry adalah dengan teknik lenturan. Caranya mudah, lenturkan dahan dan ikat di pangkal pokok. Kalau nak cantik, ikat satu-satu di keliling batang utama.

Dahan yang lebih halus tu boleh juga selitkan sesama sendiri. Ikat sekiranya tak mahu terlucut. Tanam dalam pasu ke, atas tanah ke sama je kaedahnya.

Melebatkan Buah Mulberry

3. BAJA

Untuk pembajaan, saya bubuh baja kopi. Rajinkan diri tambah tanah hitam di pangkal pokok. Saya gunakan tanah hitam dari tempat bakaran sampah je.

So lepas ni siapa yang ada tanam pokok mulberi yang masih belum berbuah bolehlah cuba teknik ni ya. Insha Allah menjadi…

Jika anda ada lagi tips dan cara melebatkan buah mulberi, silalah kongsikan di ruangan komen untuk pembaca kami. Terima kasih!

BACA JUGA :: Cara Paling Mudah Menanam Pokok Mulberi, Hasil 100% Puas Hati!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

one + fourteen =