Cara Masak Telur Dadar Gebu & Tebal Macam Kat Kedai Makan

Cara Masak Telur Dadar Gebu & Tebal Macam Kat Kedai Makan | Kalau makan kat restoren kita mesti tertanya-tanya, kenapa telur dadar yang dijual gebu dan tebal. Bila kita buat kat rumah, jadi leper saja.

Nampak macam senangkan tapi tak menjadi jugak. Kalau nak tahu untuk buat telur dadar macam ni ada bahan lain yang perlu diisi barulah menjadi. Tukang masak De Havoc berkongsi resipi dan tip untuk hasilkan telur dadar gebu, makan sepotong pun dah kenyang.

Sekiranya nak cuba buat telur dadar gebu di rumah boleh ikut cara yang dikongsi oleh De Havoc.

Bahan-bahan:

7 biji telur
Sedikit soda bikarbonat
Sedikit baking powder
Kicap sotong
Bawang dihiris dadu
Cili – dihiris

Cara membuat:

  • Campur semua bahan, pukul biasa saja tak perlu bersungguh sambil kacip gigi.
  • Tuang minyak dalam kuali biar betul betul panas barulah masuk bancuhan telur.
  • Kalau nak bersarang, masak dengan minyak yang banyak, jika untuk jualan minyaknya biasa saja.

Hasilnya, puas makan!

Telur Dadar Gebu

Selamat mencuba!

BACA JUGA :: Ini Cara Betul Buat Telur Separuh Masak, Hasilnya Sebiji Macam Makan Kat Kedai

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

six + fifteen =