Wanita Ini Kongsi Cara Masak Nasi Tanpa Ada Kanji, Sesuai Untuk Yang Nak Diet.

Jangan makan nasi. Ini antara ‘nasihat’ paling popular tatkala kita dalam usaha menguruskan badan.Ramai antara kita mengelak daripada mengambil nasi supaya badan kekal ramping.

Sebenarnya, nasi ialah sumber karbohidrat yang baik dan memang benar ia boleh menyebabkan kegemukan, tetapi hanya jika kita mengambilnya dalam kuantiti berlebihan.

Buat mereka yang ingin berdiet tetapi dalam masa yang sama tetap hendak makan nasi, ini ada cara yang boleh dilakukan. Berikut perkongsian Nur Aida Md Zainuddin

CARA MASAK NASI SIHAT(BUANG KANJI)

Hari ini tiba-tiba rajin nak masak nasi buang air kanji. Kalau beras siam actly bagus buat mcm ni sbb kandungan kanji dia tinggi. Nk diet bagusla dak? Ni Aida pakai beras bashmati.

Wanita Ini Kongsi Cara Masak Nasi Tanpa Ada Kanji, Sesuai Untuk Yang Nak Diet.

CARA-CARA:

  • Cuci beras bersih-bersih dan rendam beras sekejap. Lepas tu toskan.
  • Didihkan air dlm periuk biasa atas api dapur
  • Dah mendidih air masukkan beras ke dalam periuk. Masak sampai beras kembang.
  • Dah kembang berasnya toskan. Lalukan dengan air pipe.
  • Aida kukus balik. Kukus kosong sekejap je dan siaaapppp.

Wanita Ini Kongsi Cara Masak Nasi Tanpa Ada Kanji, Sesuai Untuk Yang Nak Diet.

Wanita Ini Kongsi Cara Masak Nasi Tanpa Ada Kanji, Sesuai Untuk Yang Nak Diet.

Wanita Ini Kongsi Cara Masak Nasi Tanpa Ada Kanji, Sesuai Untuk Yang Nak Diet.

Masak macam ni xde masalah tatau sukat air. Lembik sangat ke mentah ke. Nak masak nasi goreng pun cantik kejadiannya selain bagus untuk diet.

Sumber kredit: Nur Aida Md Zainuddin

You might also like
1 Comment
  1. […] Ini Kongsi Rahsia Turun Berat Badan 33kg, PKP Tak Halang Misi Untuk Kurus! “Saya Skipping 500 Kali Setiap Hari” | Seperti yang […]

Leave A Reply
Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.