Benarkah Cara Masak Nasi Sebegini Tak Menggemukkan?

Malaysia sudah masuk dalam statistik antara negara yang mempunyai penduduk dalam golongan obesiti paling ramai di Asia. Ini kerana amalan pemakanan dari kecil yang lebih kepada makanan segera dan wujudnya lambakan kedai fast food memudahkan kerja ibu bapa. Anak-anak yang tidak dikawal pemakanan mereka bakal menyumbang ke arah peningkatan statistik golongan obesiti di Malaysia.

Ditambah pula dengan rakyat Malaysia yang umumnya menjadikan nasi sebagai makanan harian, tidak kira dalam bentuk nasi putih, nasi goreng mahupun bubur. Nasi merupakan satu keperluan bagi rakyat Malaysia mungkin disebabkan kita juga pengeluar beras untuk kegunaan dalam negeri.

Ramai yang bersetuju bahawa mengambil nasi berlebihan boleh menyebabkan berat badan meningkat dan terjadinya kegemukan kerana karbohidrat yang berlebihan akan bertukar menjadi gula dan seterusnya lemak.

Kebiasaannya semangkuk nasi mempunyai kalori sebanyak 206Kcal dan sehari mesti anda akan mengambil lebih daripada semangkuk nasi kerana ia merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Kalori bagi nasi goreng lebih tinggi dari nasi putih biasa dan kebiasaannya ramai memilih untuk makan nasi goreng sebagai sarapan pagi.

Walau bagaimanapun cara memasak nasi turut mempengaruhi jumlah kalori bagi nasi yang dimasak seperti kajian yang dijalankan oleh The College of Chemical Sciences of Sri Lanka. Kajian ini telah dilaporkan oleh Times Of India dan mungkin menjadi khabar gembira bagi mereka yang ingin berdiet.

Pertamanya, anda boleh tambah satu teh minyak kelapa ke dlm air yang sedang mendidih. Kemudiannya barulah masukkan beras dan tunggu sehingga masak.

Cara keduanya anda perlu sejukkan nasi yang sudah dimasak ke dalam peti ais selama 12 jam. Dikatakan dengan cara seperti ini boleh meningkatkan kandungan serat dalam nasi sebanyak 10 kali ganda berbanding nasi yang dimasak seperti biasa.

Kedua-dua cara ini boleh mengurangkan kadar kalori nasi sehingga 60 peratus namun ia tidak bermaksud anda boleh memakan nasi sesuka hati. Anda masih perlu menjaga kadar pengambilan nasi supaya kesihatan badan anda terjaga. Dua cara ini nampak sangat pelik bagi kita namun tak salah pun kalau ingin mencuba.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

one × three =