Ini Cara Jurujual Masukkan Kereta Pameran Ke Dalam Pusat Membeli-Belah

Seringkali anda lihat pameran kereta dalam pusat membeli-belah dan pastinya anda tertanya-tanya bagaimana kereta dimasukkan untuk pameran tersebut, bukan?

Sekian lama ia menjadi misteri, kini misteri tersebut telah dibongkar oleh seorang pengguna Twitter @lalaproton yang merupakan seorang konsultan jualan Proton di Kuantan.

kereta

Menerusi perkongsian tersebut, beliau mengatakan bahawa sebenarnya tidaklah sukar untuk membawa masuk kereta pameran ke dalam sesebuah pusat membeli-belah. Sebenarnya, operasi memasukkan kareta pameran ini dilakukan pada waktu malam apabila pusat membeli belah telah ditutup dan tiada pengunjung di sana.

Untuk pengetahuan anda, kereta pameran dimasukkan melalui sama ada dari pintu utama atau pintu belakang pusat membeli-belah. Malah, beliau turut berkongsi video sepanjang proses membawa masuk kereta ke dalam pusat membeli-belah.

Misteri Kereta Pameran Terbongkar Sudah!

Berikutan itu, rata-rata netizen tampil dengan pelbagai reaksi dan mengatakan bahawa akhirnya persoalan mereka terjawab. Malah, para netizen berpuas hati dengan jawapan misteri tersebut.

Akhirnya persoalan ramai orang tentang macam mana kereta pameran di bawa masuk sudah terjawab. Adakah anda masih lagi ada pertanyaan yang masih tidak terjawab dalam minda anda?

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

16 − ten =