Ustaz Ini Ajar Cara Hilangkan Sakit Kepala Dengan Ais Batu

Aduh tiba-tiba sakit kepala, apa nak buat? Sabar! Mungkin cara yang dikongsikan oleh Norazri Medzlan ini dapat membantu anda. Menurutnya letak ais batu di tengah-tengah tengkuk selama 10 minit (seperti dalam gambar) dan biarkan ais itu mencair…

Pening kepala akan hilang dan kepala pun menjadi ringan. Katanya pada mulanya dia seakan tidak percaya dengan teknik ini dan hanya nampak orang share di sosial media.

Namun semua itu berubah apabila dia mencuba dan buat pengetahuan semua dia sudah mencuba sebanyak 2 kali. Pada pertama kali itu dia sakit tengkuk kerana salah bantal.

BACA JUGA: Yang Kerap Sakit Kepala, Boleh Cuba 5 Jenis Makanan Yang Membantu Mengurangkan Sakit Kepala

sakit kepala

Rawat Sakit Kepala Dengan Ais Batu

“2 kali dah cuba. Pertama sakit tengkuk sebab (salah bantal). Hari ni sakit kepala(migrain). Letak ais batu dalam 10 minit kat tengah-tengah tengkuk terus hilang pening, ringan terus kepala ni. Macam tak caya pulak. Sebelum ni baca je org share, hari ni saya cuba pulak. Betullah hilang dah pening.” Tulisnya di Facebook.

https://www.facebook.com/pusatrawatanassyifa.annur.7/posts/562062484420616

Tambahnya jika ingin buat di dahi, boleh cumanya letakkan ais batu pada kuantiti yang sedikit dan gunakan tuala sekali.

“Kalau kat dahi ambil tuala letak ais batu sikit lepas tu letak kat dahi…” tulisnya di ruangan komen.

Sumber: Norazri Medzlan

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

9 − 7 =