Pemuda Kongsi Cara Hilangkan Background Video Tanpa Skrin Hijau!

Pemuda Kongsi Cara Hilangkan Background Video Tanpa Skrin Hijau! | Tahukah anda bahawa teknik skrin hijau adalah merujuk kepada proses pencampuran dua gambar di dalam satu bingkai yang sama? Teknik ini sering dilakukan oleh jurugambar dan videografer untuk tujuan penyuntingan.

Melalui teknik ini, warna dari satu gambar akan dihapuskan untuk mendedahkan gambar lain di belakangnya. Teknik mudah untuk hilangkan background video!

Oleh itu, warna hijau sering digunakan sebagai latar belakang berbanding dengan warna yang lain kerana sensor gambar di digital kamera video paling sensitif terhadap warna ini.

Hilangkan Background

Cara Hilangkan Background Tanpa Gunakan Green Screen

Maka tidak hairanlah mengapa ramai yang membeli skrin hijau ini untuk tujuan penggambaran dan sebagainya. Namun begitu, baru-baru ini tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter yang dikenali sebagai @aaizatnizam dimana terdapat seorang lelaki yang berkongsikan tips terbaru tentang teknik tersebut.

Menerusi video perkongsian terbabit, pemuda itu telah mendedahkan satu laman sesawang yang membolehkan para penggunanya menghilangkan latar belakang video tanpa membeli sebarang skrin hijau seperti kebiasaannya.

Ternyata langkah yang ditunjukkan itu sangat mudah! Pertama sekali anda perlu pergi ke laman sesawang unscreen.com dan kemudian muat naik video yang ingin disunting. Setelah dimuat naik, anda boleh menukarkan latar belakang video tersebut dengan pelbagai pilihan dan siap!

Posting tersebut telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 174 ribu tontonan umum, 21.4 ribu tanda suka dan 2 ribu ulang kicau berserta komen menerusi laman akaun Twitter berkenaan.

BACA JUGA : Inilah 4 Cara Efektif Kesan Kamera Tersembunyi Di Tempat Penginapan Anda

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 × 1 =