Cara Hentikan SMS Langganan Yang Dicaj pada Bil Telefon Tanpa Kita Sedar

Adanya pelbagai kemudahan pesanan secara online menyebabkan SMS sudah jarang digunakan sebagai medium komunikasi. Kita lebih banyak menggunakan WhatsApp, Telegram, Emel, DM, PM dan dan sebagainya.

Namun begitu perkhidmatan SMS ini masih lagi diperlukan untuk tujuan penghantaran maklumat dari pihak bank, telco,dan sebagainya.

Tapi satu yang kita harus hati-hati memandangkan tidak selalu menggunakannya, ia sering kali dijadikan salah satu medium bagi pihak yang tidak bertanggungjawab untuk meraih keuntungan “haram” dengan mengenakan langganan mingguan atau bulanan bagi perkhidmatan yang tidak sama sekali diketahui oleh pengguna.

BACA: Inilah 6 Aplikasi Meeting Online Selain Zoom, Sebagai Alternatif Sepanjang PKP

Cara hentikan

Sebagai contoh, langganan permainan atas talian, horoskop, tips nombor ekor dan lain – lain yang mana caj akan dikenakan pada bil bulanan telco anda. Sekiranya berlakunya perkara tersebut, berikut langkah pertama yang boleh anda lakukan untuk menghentikan langganannya.

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membalas kod berikut pada SMS yang diterima
  • STOP
  • UNSUBSCRIBE
  • END
  • QUIT
  • CANCEL

Anda boleh mula membalas dengan kod STOP, sekiranya tiada respon maka anda boleh membalasnya menggunakan kod mengikut aturan seperti diatas.

Sekiranya masih tidak berjaya, anda boleh cuba membuat panggilan kepada penyedia perkhidmatan telco anda untuk meminta bantuan.

Apa Itu Shotcode?

Shortcode itu adalah nombor yang menghantar sms kepada korang, biasanya nombor-nombor ini mengandungi 5 ke 6 digit sahaja. Kalau korang dapat sms yang sama macam nombor telefon pengguna lain. Itu adalah ‘scammer’!

Hati-hati, biasanya sms ini akan menawarkan iklan-iklan bodoh seperti video-video 3gp atau permainan judi yang akan menghakis jumlah kredit dan menambahkan jumlah bil bulanan anda. Tapi, korang tahu tak macam mana nak tahu angka 5 digit itu dari bank/telco/koporat? Meh sini kami berikan petunjuk.

SMS

(Biasanya kalau nombor yang bermula dengan angka 2, ia adalah nombor daripada pihak telco yang kita langgan. Contohnya, Maxis, Celcom, Digi, Umobile semua tu)

( Dimulakan dengan angka 3 itu biasanya untuk perkhidmatan premium misalnya, langganan perkhidmatan TV berbayar tu)SMS

(Angka 6 pula, daripada perkara-perkara formal atau bank, contohnya kalau tunggakan bayaran kereta, nak dapatkan TAC, ataupun iklan-iklan kad kredit. Bagi korporat pula seperti KWSP. TM semua tu)

Sumber1
Sumber2

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

ten − 5 =