Inilah Cara Guna Daun Salam Untuk Merawat Kencing Manis Dan Kolesterol

Rami sekali orang yang belum mengetahui secara jelas tentang kandungan daun salam, ramai orang yang menyangka bahawa daun ini hanya dapat digunakan sebagai perasa masakan sahaja, namun ternyata ada banyak sekali manfaat di sebalik daun yang berwana hijau ini.

Khusus sebagai perasa masakan, daun ini mempunyai fungsi sebagai penyedap, penambah aroma, dan juga dapat mengurangkan penggunaan garam dalam masakan.

Jika diteliti lebih dalam lagi, daun ini memiliki berbagai macam manfaat untuk tubuh, kerana itu sangat wajar apabila seseorang mengamalkan minum air rebusan daun salam secara rutin dapat menyembuhkan pelbagai macam penyakit.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Daun salam atau nama saintifiknya Laurus Nobilis ialah daun beraroma yang selalu digunakan dalam masakan seperti sup,masakan tumis dan masakan lain kerana aroma dan rasanya yang unik dan juga bagi menambahkan kelazatan dalam makanan.

BACA: Amalkan Jus Ini Jika Betul Serius Nak Turunkan Kolesterol Yang Tinggi

Ia juga merupakan bahan asas masakan Barat yang digunakan untuk memanggang dan membakar. Buahnya kelihatan seperti buah zaitun. Daun ini dikatakan mempunyai 1001 khasiat perubatan yang baik untuk kesihatan kerana mengandungi pelbagai zat mineral.

Kandungan nutrisi daun salam

Kandungan nutrisi yang ada dalam daun ini ada banyak, seperti berbagai macam vitamin, asam folat, niacin, pyridoxine, sodium, riboflavin, kalsium, potassium, tembaga, magnesium, zat besi, fosfor, mangan, seng, selenium serta mangan.

Selain itu berdasarkan sebuah penelitian, daun ini mengandung tanin, minyak atsiri dan juga flavonoid, dimana kandungan-kandungan ini dapat mengendalikan kadar gula yang ada dalam darah. Selain itu beberapa kandungan lainnya bersifat diuretic, menyebabkan kadar asidik dalam darah menurun.

1. Merawat Cirit-Birit

Ambilkan 10 daun salam yang segar dan campurkan bersama 2 cawan air. Rebuskan selama 15 minit dan minum air tersebut ketika masih lagi panas.

daun salam, khasiat daun salam, kegunaan daun salam, daun salam untuk masakan, daun salam untuk kesihatan, daun salam untuk gout, daun salam untuk turunkan kolesterol

2. Merawat Kencing Manis Dan Kolesterol

Ambil 6-8 daun salam segar dan campurkan 3 cawan air panas. Biarkan sejuk dan minum sebelum makan. Amalkan dua kali sehari untuk hasil yang menakjubkan.

3. Ekzema

Campurkan 8 daun salam segar bersama 20 gram kunyit. Tumbuk sehingga lumat dan sapukan pada kulit yang dijangkiti ekzema. Amalkan sehingga sembuh.

BACA: Amal Cara Makan Rasulullah Kalau Nak Makanan Lawas, Bebas Penyakit

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three × four =