Home All Petua Keselamatan Inilah 4 Cara Efektif Kesan Kamera Tersembunyi Di Tempat Penginapan Anda

Inilah 4 Cara Efektif Kesan Kamera Tersembunyi Di Tempat Penginapan Anda

4372
0
kamera tersembunyi

Pernahkah anda check-in di mana-mana hotel atau tempat penginapan lain dan rasa sedang diperhatikan? Bagaimana jika kami katakan anda mungkin sedang diperhatikan melalui kamera tersembunyi di tempat penginapan anda?

Bagi pelanggan wanita biasanya informasi tentang kehadiran anda di tempat penginapan lebih awal di ketahui kalau anda sudah booking lebih awal. Jika informasi ini dikongsi dengan pihak yang tidak bertanggungjawap mungkin ada mengambil peluang ini untuk memasang kamera tersembunyi.

Tindakan memasang kamera tersembunyi tanpa pengetahuan pelanggan ini semestinya mempunyai niat jahat terhadap pelanggan terutama sekali pelanggan wanita tidak kira anda bersama kawan sejenis atau pergi dengan pasangan halal anda.

Namun, tidak kira pelanggan lelaki atau wanita sememangnya semua orang tidak suka aktiviti peribadi mereka di rakam tanpa sebarang kebenaran. Betul tak?

Baca Juga: Nak Jimat Bajet Hotel? Serius Korang Kena Baca Ni!

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @luqmanhkm93 telah berkongsi cara-cara mengesan kamera tersembunyi apabila anda check-in ke tempat penginapan ketika bercuti.

Hal ini pastinya dapat membantu anda daripada menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab. Baca perkongsian beliau di bawah ini.

1. Tempat persembunyian

kamera tersembunyiKebiasaannya penjenayah akan menyembunyikan kamera ini di tempat-tempat yang sukar untuk dilihat mata kasar. Antara tempat persembunyian tersebut ialah pengesan asap, penapis udara, buku, hiasan dinding, kotak tisu, anak patung, kotak TV digital, penyangkut pakaian, pen dan juga almari.

2. Padamkan lampu

kamera tersembunyi

Sebelum anda masuk ke dalam bilik, pastikan kesemua lampu telah ditutup. Kemudian, pasangkan lampu pada telefon bimbit dan suluhkan pada mana-mana tempat di ruang bilk tersebut.

3. Aplikasi Fing

kamera tersembunyi

Buka wifi di telefon bimbit anda dan cuba kesan jika ada talian atau sambungan wifi yang pelik muncul di telefon anda. Lebih mudah, pasangkan aplikasi Fing di telefon.

4. Cabut wayar

kamera tersembunyiJika anda syaki terdapat kamera tersembunyi, cabut mana-mana kabel yang anda rasa merupakan kabel kamera tersembunyi.

Adakah anda pernah menggunakan tip-tip seperti yang dinyatakan atau ini baru pertama kali anda ketahuinya? Anda mungkin boleh berkongsi pengalaman anda mengesan kamera tersembunyi di tempat penginapan anda.

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here