Cara Mudah Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki, Yang Gelap Sebab Sunburn!

Cara Mudah Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki, Yang Gelap Sebab Sunburn! | Secara umumnya, rakyat di Malaysia lebih mementingkan kulit di muka berbanding kulit di anggota badan yang lain terutamanya kaum wanita.

Mereka sanggup menghabiskan puluhan malah ratusan ringgit untuk memastikan kulit mereka cantik, cerah, bersih dan berseri.

Produk yang berkualiti akan memberikan kulit muka yang cerah, bersih bebas jerawat, parut jerawat, jeragat dan sebagainya. Tetapi dengan kegembiraan mendapat kulit muka yang cerah, mereka kadang terlupa untuk mencerahkan anggota yang lain terutama tangan dan kaki.

Untuk pengetahuan sebenarnya terdapat cara mudah untuk memutihkan atau mencerahkan kulit tangan dan kaki dengan cepat dan tanpa menggunakan modal yang besar yang dikongsikan oleh Puan Nor Zulmardiana Shukry di Facebook milik beliau.

BACA JUGA :: Nak Kulit Wajah Jadi Cerah Dan Lembut? Guna Campuran Air Barli & Beras Setiap Hari.

Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki, Yang Gelap Sebab Sunburn!

Hanya dengan menggunakan 2 produk sahaja iaitu losyen Vaseline perfect 10/ Nivea dan krim kecantikan Safi dengan gabungan lidah buaya dan habbatus sauda.

Berikut adalah perkongsian dari Puan Nor Zulmardiana Shukry.

cerahkan kulit

Tadaaa !!
Ni la dua bahan2 utama yang saya amalkan untuk kulit tangan dan kaki memandangkan dah berkerak sangat kan. Duk sental2 ilang daki kejap jor puteh nye idok kekal mane hehe. Boleh juga pakai kat seluruh badan, tapi saya lebih fokus kat tangan je sebab tangan dah kontra dengan kulit muka.

Kulit muka bertona-tona cerah sejak amalkan produk kecantikan. Bila letak tangan kat muka beza ngat so thats why cari solution simple ni murah pun murah. Penggunaan untuk berbulan2 dengan sekali invest jer

cerahkan kulitSaya dapat tips ni pun dari rakan fb jugak. Xtau sape. Dah lupa. Lepas tu terus p cari losyen ngan krim safi ni. Tq pada empunya yang share tips ni

Saya amalkan losyen vasellin dengan krim safi dalam masa sebulan dan lihatlah hasilnyaaa.. itu pun saya pakai setiap hari belah malam je. Siang harinya xboleh sebab ade anak kecik, sikit2 basuh tangan, rugi losyen ai ols nanti

Untuk hasil yang terbaik, pakai waktu malam dan siang hari. Lebih cepat kesan dia
Gambar atas tu mungkin selepas 2 minggu penggunaan. Gambar bawah tambah lagi +- 2 minggu penggunaan.. So lebih kurang sebulan ar.. Sebelum ni tangan idok ler sebegitu rupa. Lebih malap dari ni tapi idok ler teruk. So saya polish2 setiap malam itu lah hasilnya..

Dah, pergi beli cepat sape yang nak puteh melepak. Sape yang malas makan supplement tapi nak puteh pun cepat pecut p mall.. Saya xde masuk share dengan mana2 pihak, vasellin mahupun safi haha.. So apa yang saya share ni ikhlas untuk anda2 semua. Kalau masuk share ngan diorang dah lame haku kayooo

Ohh lupa, Pastikan losyen tersebut dari vasellin/nivea. Krim safi tersebut gabungan lidah buaya dan habbatus sauda yang warna hijau (krim kecantikan)

cerahkan kulit

Cara pakai : calit-calit dulu krim safi kat kulit kita dan sapu sampai rata, baru lah sapu losyen k

Jadi bagi mereka yang berminat mahu cerahkan kulit atau memutihkan kulit tangan dan kaki atau di mana- mana anggota badan yang lain boleh la mencubanya sendiri.

Selamat mencuba cerahkan kulit dengan tip ni.. Satu lagi jangan tertukar ye antara krim kecantikan dan krim pelembab. Ramai yang salah beli nanti tak dapat hasil yang sebetulnya untuk cerahkan kulit kalau tersilap beli!

Kredit: Fb Nor Zulmardiana Shukry

p/s: Penggunaan ayat di atas mungkin mengandungi kesalahan ejaan, ayat mahupun tatabahasa dan tidak diperbetulkan kerana ingin menunjukkan ayat asli dari penulis. Terima kasih

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

16 − nine =