Cara Buat Sendiri Manggo Cheesecake, Tak Perlu Bakar Sejukkan Dalam Peti Ais Jer!

Manggo Cheesecake ini memang sedap. Masam, manis dan rasa kejunya memang buat kita makan tak cukup satu potongan.

Kek ini juga kalau beli agak mahal harganya, lebih RM10 satu potongan. Jadi kalau dalam rumah kek ini ramai peminatnya, maka eloklah buat sendiri.

Caranya boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Ariana Sofia Ahmad. Bahan-bahannya tak susah pun nak cari dan kek ini juga tak perlu dibakar. Sejukkan dalam peti ais saja.

Cara buat Mango Cheesecake

Manggo Cheesecake

Bahan-bahan

  • 160gram biskut Marie (dikisar halus/ditumbuk hancur)
  • 90gram butter (dicairkan)
  • 2 biji mangga (dikisar dijadikan puri)
  • 1 sudu besar air jus lemon
  • 500gram cream cheese
  • 200gram whipping cream
  • 1sk esen vanila
  • 140gram gula castor
  • 100gram puri mangga
  • 2 1/2 sudu besar air jus lemon
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • (2 sudu besar gelatin + 80ml air panas) -kacau sebati

Bahan untuk Manggo jelly

  • 1 sudu besar gelatin + 50ml air panas – kacau sebati
  • 200gram puri mangga

Cara membuat Manggo Cheesecake

1. Mula-mula kisar dulu biskut Marie hingga hancur atau ketuk je sampai hancur. Letak dalam plastik baru ketuk.

2. Bila dah hancur, masukkan biskut dalam bekas bersama butter yang telah dicairkan. Kacau sebati.

3. Masukkan biskut tadi dalam loyang 8′. Tekan sehingga padat dan rata. Guna loyang yang boleh di buka tepi atau boleh tolak dari bawah. Sejukkan selama 30 minit. Boleh letak dalam frezer.

4. Kisar 2 mangga tadi bersama 1 sudu air jus lemon sahaja. Kisar sehingga hancur dan licin. Lebihan air lemon simpan dulu.

5. Sebelum buat adunan cheese, buat air gelatin dahulu. 2 sudu gelatin + air panas 80ml. Kacau sehingga sebati. Ketepikan.

6. Dalam bekas masukkan cream cheese, whipping cream, gula kastor, esen vanila, air jus lemon. Mix kesemua bahan ni sehingga kembang dan licin. Pastikan tidak berketul.

7. Bila adunan dah licin masukkan puri mangga. Mix sehingga sebati.

8. Bila adunan dah licin. Masukkan susu pekat manis dan air gelatin tadi. Mix sehingga adunan sebati macam ni.

9. Keluarkan semula loyang tadi dan tuang adunan cheese. Sejukkan selama 2-3 jam. Boleh letak dalam chiller @ frezer. Pastikan cheese jadi pejal.

10.Untuk adunan manggo jelly pula, buat air gelatin dahulu. 1 sudu besar gelatin + 50ml air panas. Kacau sehingga sebati. Ketepikan sehingga sejuk.

11. Masukkan air gelatin tadi ke dalam mangkuk bersama puri mangga. Kacau sehingga sebati. Buat adunan puri manga ni 10 minit sebelum keluarkan cheese dari peti.

12. Tuang adunan puri mangga dalam loyang. Untuk dapatkan lapisan atas yang licin, jangan rata guna sudu. Sengetkan sikit loyang supaya rata ke tepi. Sejukkan semula manggo cheesecake selama 7-8 jam dalam peti ais biasa atau chiller.

13. Bila dah sejuk, bolehlah keluarkan manggo cheesecake dari loyang. Kalau guna loyang yang boleh buka bawah, letak cawan kat bawah loyang dan tolaklah loyang ke bawah.

Hasil kejadian manggo cheesecake

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nineteen − seven =