Home All Petua Dapur Cara Buat Sendiri Ikan Pekasam Sedap dan Terjamin Kebersihannya

Cara Buat Sendiri Ikan Pekasam Sedap dan Terjamin Kebersihannya

37299
0
Cara Buat Sendiri Ikan Pekasam Sedap dan Terjamin Kebersihannya

Selain ikan masin, ikan pekasam merupakan antara makanan orang-orang lama kerana teknik pekasam ini cara penyimpanan ikan supaya ianya tahan lebih lama. Jika ikan masin kita perlukan cahaya matahari yang cukup untuk memastikan ikan betul-betul kering dan boleh disimpan atau dibungkus.

Tetapi penyediaan ikan pekasam ini lain sedikit dan kita tidak perlu menjemur ikan tersebut, biasanya ikan yang digunakan ialah dari spesis ikan sungai. Kebanyakkan ikan pekasam yang dihasilkan sedap datang dari belah utara. Tapi pernah tak terfikir nak cuba buat sendiri ikan pekasam?

Jom kita cuba buat Ikan Pekasam homemade! Menu ni sememangnya menjadi kegemaran ramai. Bila tiada selera, lauk pekasam ini biasanya mampu membuatkan kita makan dengan penuh semangat.

Ramai beranggapan, ikan pekasam ni susah untuk dihasilkan. Tapi mudah sahaja cara pembuatannya. Menerusi perkongsian saudari Aniey Rohani Abu Iban, beliau mengajar cara-cara penghasilan Pekasam Ikan Gelama yang sangat mudah. Jom cuba.

BACA JUGA :: Nak Hilangkan Hanyir Ikan Haruan, Mak-Mak Boleh Cuba 7 Cara Mudah Ni

RESIPI IKAN PEKASAM HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 7-8 ekor ikan gelama – boleh juga guna ikan sungai
  • ½ cawan garam halus
  • Beras secukupnya
  • Garam halus secukupnya – untuk tabur selepas disalut beras
  • 2-3 keping asam gelugur

CARA MEMBUAT:

1. Siang dan bersihkan ikan. Gaul dengan ½ cawan garam halus dan masukkan ke dalam bekas berpenutup. Tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk ( bahagian bawah) semalaman.

ikan pekasam

2. Sangai beras dengan api sederhana. Jumlahnya agak-agak cukup untuk salut ikan. Beras tidak perlu basuh.

ikan pekasam

3. Sangai beras hingga coklat kekuningan. Sejukkan seketika.

ikan pekasam

4. Tumbuk beras yang disangai tadi. Boleh juga guna pengisar kering.

ikan gelama pekasam

5. Jangan kisar terlalu halus. Kisar agak-agak kasar supaya bila goreng ada dapat rasa tekstur rangup.

6. Ikan yang diperap semalaman, dibuang airnya. Susun ikan satu lapisan dan taburkan beras dan garamhalus secukupnya. Susun lagi ikan pada lapisan kedua dan tabur lagi beras dan garam. Ulang langkah hingga ikan habis disalut dengan beras.

perap ikan pekasam

7. Ambil asam keping dan selitkan di celah-celah ikan.

8. Tutup bekas rapat-rapat. Simpan ikan pekasam dalam peti sejuk ( bahagian tidak beku). Peram selama 1-2 minggu sebelum digoreng.

simpan ikan pekasam

9. Selepas 1-2 minggu di bahagian tidak beku, boleh alihkan ikan ke bahagian sejukbeku supaya tahan lama. Untuk memasaknya, boleh biarkan di luar peti sejuk sebelum digoreng. Selain ikan gelama, anda juga boleh menggunakan ikan-ikan air tawar yang lain.

Kredit resipi & foto: Aniey Rohani Abu Iban

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here