Cara Buat Sarapan Mudah ‘Roti Heaven’ Seakan Piza, Topping Melimpah Ruah!

Cara Buat Sarapan Mudah ‘Roti Heaven’ Seakan Piza, Topping Melimpah Ruah! | Sarapan pagi sudah semestinya adalah sajian paling penting bagi membekalkan tenaga untuk kita memulakan hari. Bukan itu sahaja, membekalkan sarapan yang pelbagai untuk anak-anak sebelum ke sekolah juga dapat menjadikan mereka lebih bersemangat untuk mula belajar.

Jadi, buat ibu-ibu yang mahukan selera yang pelbagai untuk sarapan boleh cuba buat ‘Roti Heaven’ yang seakan roti piza yang penuh dengan isi!

BAHAN-BAHAN YANG ANDA PERLUKAN UNTUK BUAT ‘ROTI HEAVEN’ SARAPAN MUDAH!

Rasanya masih sempat nak beli bahan-bahan untuk buat menu ROTI HEAVEN.sarapan mudah

  • 8 keping roti Gardenia di susun 2 keping 2 keping dalam loyang yg dilapik baking paper letakkan sedikit butter mcm dalam pic di bawah.
  • 8 biji telur
  • Semangkok kecil mozzarella
  • Semangkok kecil cheese cheddar parut
  • Semangkuk kecil daging cincang ramly
  • Sebiji bawang besar di dadu
  • 2 biji cili besar di hiris
  • Sedikit daun bawang dihiris
  • Sedikit aji shio black pepper

Kocok-kocokkan semua dan tuang atas roti.

BACA JUGA :: Resepi Pizza 5 Bahan Tanpa Oven, Guna Roti Keping Je!

sarapan mudah sarapan mudah sarapan mudah

Bakar dalam oven dengan suhu 200c api atas bawah 25 minit atau sampai garing, maka siaplah sarapan mudah!

Makan panas-panas sedap!

Sumber: Cikgu Shaini Razali

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nineteen − 13 =