Cara Mudah Buat Pancake Paling Gebu & Kekal Lembut Bila Dah Sejuk

Cara Mudah Buat Pancake Paling Gebu & Kekal Lembut Bila Dah Sejuk | Sesekali dah bosan bersarapan dengan roti dan nasi lemak, bolehlah cuba buat pancake gebu hasil perkongsian Aznie Khasri ini. Mesti wangi je satu rumah bila kita masak pancake, kan? Macam lalu di kedai waffle tu.

Sebenarnya simple saja nak membuatnya. Pancake ini memang sangat lembut walaupun bila dah sejuk nanti.

Makan begitu saja pun dah sedap, kalau sapu dengan Nutella lagi terangkat! Anak-anak jangan ceritalah, memang suka sangat. Jom tengok perkongsian beliau ini selengkapnya di bawah.

RESIPI PANCAKE PALING GEBU & TETAP LEMBUT BILA DAH SEJUK

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sdt baking powder
  • Secubit garam
  • 2 sdb gula halus / kastor
  • 3/4 cawan + 2 sdb susu kotak Full-cream *(Maksudnya sukat 3/4 cawan dulu. Lepas tu tambah lagi 2 sudu besar)
  • 1 biji telur gred A, dikocok
  • 2 sdb butter, dicairkan
  • 1 sdt esen vanila
  • Sedikit minyak / butter untuk sapu pada kuali leper. *(Tapi saya tak guna sebab dah pakai non-stick pan)

CARA-CARA

Mula-mula, satukan bahan-bahan kering – iaitu tepung, baking powder, garam dan gula ke dalam sebuah bekas. Gaul rata dan ketepikan.

Dalam satu bekas yang lain pula, satukan bahan basah pula – iaitu susu, butter yang telah dicairkan, telur dan esen vanila. Gaul rata.

Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kemudia gaul setakat rata saja, jangan overmix. Jika ada sedikit ketulan-ketulan tepung tak apa. Rehatkan adunan yang dikacau tadi selama 15 minit.

Panaskan non-stick pan kecil, guna api paling kecil sekali. Tak perlu sapu minyak pun tak apa. Tuang adunan tadi dan biarkan hingga pancake naik gebu dan keperangan.

Bila dah berbuih tu maksudnya sebelah tu dah cukup masak, jadi terbalikkan dan tunggu pula sebelahnya lagi masak.

OK SIAP!

Bila dah nampak cukup masak, bolehlah diangkat dan terus dihidangkan. Terpulanglah nak makan dengan butter dan madu macam di McD tu atau sapu dengan Nutella, peanut butter, jem strawberi atau buah-buahan segar. Ikut selera masing-masing.

BACA JUGA :: Rupanya Inilah 7 Kebaikan Mentega Kacang Untuk Kesihatan Kita Yang Mungkin Ramai Belum Tahu

pancake

Bukan main gebu!

pan cake gebu

ADUNAN YANG SAMA BOLEH BUAT KAYA BALL JUGA

Adunan ini boleh juga dibuat kaya ball. Saya tak ada acuan kaya ball, saya guna saja acuan bahulu ni.

Caranya sama saja, sapu acuan dengan sedikit butter. Bubuh sedikit adunan lepas tu bubuh kaya. Lepas tu tutup balik dengan adunan.

Tutup acuan dengan penutup periuk dan masak hingga ia masak. Siap. Inilah hasilnya.

bahulu gebu

Wah gebunya!

SERIUS SEDAP & MUDAH

Terliur pula bila teringatkan aroma pancake dan kaya ball ni. Boleh buat sarapan, minum petang atau bila-bila rasa teringin tu datang.

Memang mudah sangat. Bolehlah cuba buat sendiri di rumah nanti ya!

*Resepi pancake gebu ini disumbangkan oleh Aznie Khasri menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

ten − 3 =