Cara Buat Minuman Probiotik Ala Vitagen. Lagi Sihat & Sesuai Untuk Anak

Cara Buat Minuman Probiotik Ala Vitagen. Lagi Sihat & Sesuai Untuk Anak | Ish, baru tahu yang minuman probiotik ni tinggi kandungan gula. Selama ni kita selalu juga beli ingatkan elok. Tapi kalau dah semuanya tak bagus, nak ganti dengan apa?”

Budak-budak memang suka minum minuman probiotik atau susu kultur yang dijual di pasar raya kan?

Banyak jenama dan macam-macam perisa ada. Ia dijual dalam pek kecil yang memudahkan kanak-kanak minum. Dalam iklan pula kata ia baik untuk perut. Jadi tak hairanlah ramai ibu ayah yang borong dan beli banyak-banyak buat stok minuman anak di rumah.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Namun begitu, tahukah anda bahawa kajian terbaru yang dilaporkan oleh Public Health Malaysia telah mendapati minuman probiotik ini mengandungi kandungan gula yang tinggi. Malah, sesetengahnya memiliki kandungan gula yang lebih tinggi berbanding air Coke. Dahsyat tu!

Jadi kalau anak-anak suka sangat minum minuman begini, apa kata kita cuba buat sendiri di rumah menggunakan bahan segar. Rasanya tetap sedap dan lebih sihat. Nak buat pun tak susah. Jom kita tengok cara buat homemade Vitagen yang dikongsikan oleh Puan Tqah Nasir ini.

CARA BUAT HOMEMADE MINUMAN PROBIOTIK VITAGEN YANG SIHAT & MENYEGARKAN

Menggunakan bahan segar, kita dapat memastikan anak mendapat nutrisi yang baik. Anak kecil pun boleh minum sebab tak ada gula, rasa manisnya cuma daripada buah-buahan sebenar.

RESEPI HOMEMADE VITAGEN PERASA ANGGUR

BAHAN-BAHAN

  • Beberapa biji anggur
  • Full fat yogurt – 1/4 cawan

Cara Buat Minuman Probiotik Ala Vitagen. Lagi Sihat & Sesuai Untuk Anak

CARA-CARA

1. Mula-mula blend buah anggur dengan sedikit air sehingga halus.

2. Kemudian tapiskan hampas anggur supaya dapat tesktur yang smooth untuk anak senang minum.

3. Selepas tu, blend semula dengan 1/4 cawan yogurt. Yogurt ni ada banyak jenis kan. Kalau nak bagi anak, pastikan pilih full fat yogurt ya. Jenis low fat tak sesuai sebab bayi perlukan lemak baik daripada yogurt.

4. Dah siap tu, bolehlah tuangkan ke dalam cawan favourite anak-anak dan sedia untuk diminum. Macam saya lebih suka gunakan food pouch begini sebab senang diminum dan disimpan.

Cara Buat Minuman Probiotik Ala Vitagen. Lagi Sihat & Sesuai Untuk Anak

Kalau buat banyak dan ada lebih, boleh disimpan dalam peti ais bahagian chiller selama maksimum 3 hari. Kadang-kadang kalau simpan, yogurtnya akan terkumpul di atas. Jadi goncangkan dulu dan boleh diminum seperti biasa.

Cara Buat Minuman Probiotik Ala Vitagen. Lagi Sihat & Sesuai Untuk Anak

MUDAH & SIHAT

Tak susah kan nak buat minuman ni? Nampak sedap pulak tu. Menurut Puan Atiqah, minuman ini sesuai untuk anak berusia 10 bulan ke atas dan boleh ditukar kepada buah buahan lain seperti blueberry, strawberry, kiwi, pisang, mangga dan lain-lain.

Benda boleh buat sendiri, buat apa beli. Kan? Lagipun ianya bebas gula dan hanya menggunakan bahan berkhasiat. Memang sesuailah untuk anak-anak yang tengah membesar. Jadi, jom kita bertukar kepada minuman probiotik alternatif yang lebih sihat!

Selamat mencuba.[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

one × five =