Home Resipi Cara Buat Mee Sizzling Di Rumah Tanpa Hot Plate, Mudah & Sedap...

Cara Buat Mee Sizzling Di Rumah Tanpa Hot Plate, Mudah & Sedap Macam Kat Food Court

4715
2
mee sizzling

Selalunya setiap kali nak makan mee Sizzling, mesti akan cari di gerai-gerai atau foodcourt. Tapi tak semua tempat rasanya sedap dan kadang-kadang bahan-bahan di dalamnya cuma sedikit.

Sebenarnya ada cara mudah nak buat mee sizzling dekat rumah walaupun tanpa menggunakan hot plate.

Dengan resepi mee sizzling mudah oleh saudari Eida Ilham ini, sesiapa pun boleh memasaknya di rumah.

Lagi best, kita boleh makan puas -puas dan bubuh bahan yang kita suka. Confirm puas hati!

Bagi yang tak ada yee mee, boleh je guna mee kuning. Kalau tak ada juga, gunalah kuey teow, bihun, mee lidi, atau apa-apa mee yang anda suka. Makan dengan nasi pun ‘jadi’!

Terpulang pada citarasa masing-masing. Ok jom kita tengok bahan dan resepi selengkapnya di bawah ini.

RESEPI MEE SIZZLING SIMPLE TANPA HOT PLATE

BAHAN-BAHAN

  • Yee Mee / Mee kuning
  • * 3 biji bawang merah (hiris)
  • * 5 biji bawang putih (hiris)
  • * 1 inci halia (hiris)
  • * 5 tangkai cili kering (gunting kasar)
  • Ayam (potong kecil)
  • Cendawan shitake (rendam & potong 4)
  • Sos tiram 6 sudu
  • Kicap pekat (agak-agak)
  • Kicap cair 2 sudu
  • 1 Kiub ayam
  • 3 sudu kecil tepung jagung (bancuh dengan air)
  • Garam / gula secukup rasa
  • Minyak bijan (optional)
  • Serbuk lada hitam (optional)
  • Sawi (celur)

CARA-CARA

  • Mula-mula sekali, tumis kesemua bahan bertanda * dengan minyak.
  • Bila dah naik bau, masukkan ayam.
  • Agak-agak ayam dah separa masak, boleh masukkan air, sos tiram, kicap pekat, kicap cair, garam, gula dan kiub ayam.
  • Seterusnya bila semua bahan dalam kuali dah mendidih, baru masukkan cendawan.
  • Kalau nampak ayam dah masak, kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  • 3 sudu kecil tepung jagung bancuhkan dengan setengah cawan air. Bancuh dulu lepas tu baru tuang dalam periuk. Kacau sampai pekat taknak bagi berketul.
  • Bila kuah likat, tutup api.
  • Bila nak makan tapi tak ada pinggan sizzling tu, boleh guna cara ni.
  • Untuk yee mee, rendam kejap dalam air suam. Jangan lama-lama nanti kembang sangat tak sedap.
  • Masukkan 2 senduk kuah sizzling dalam kuali. Pecahkan telur. Tunggu telur separuh masak dan tuang dalam pinggan berisi yee mee.
  • Kalau guna mee lain pun samalah. Boleh sesuaikan ikut citarasa kita.
  • Akhir sekali, letak sawi yang dah dicelur.

SIAP!

Mee Sizzling

Dah siap, boleh makan panas-panas dengan cili potong mee sizzling ni. Nyumsss! Beginilah hasilnya. Kali ni saya guna mee kuning je sebab stok yee mee dah habis.

Mudah kan?

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here