Cara Buat Lemang Jagung Tanpa Buluh. Memang Special!

“Semalam ada yang minta resepi lemang jagung tanpa buluh ni. Ni saya share resepi nya. Anak Perak di perantauan yang teringin bebenor nak makan lemang jagung tapi tak jumpa orang jual kat KL huhu.”

Bukan senang nak cari lemang, lebih-lebih lagi kalau bukan pada musim perayaan. Nak buat sendiri macam payah pula, nak kena cari buluh dan bakar di luar rumah. Kalau buat yang ‘instant’, rasanya pula yang kurang ‘power’. Nak tahu cara buat lemang tanpa buluh?

Kita bertuah kerana Puan Norashidah bermurah hati untuk berkongsi resepi lemang jagung beliau yang sangat istimewa melalui laman FB beliau, Camca Dan Spatula.

Resepi beliau ini menjadi viral sejak dipaparkan awal minggu ini. Sehingga kini, post tersebut telah mencapai lebih 20 ribu ‘shares’ dalam masa 5 hari. Wah, tak sangka ramai sungguh peminat lemang jagung ni ya!

CARA BUAT LEMANG JAGUNG TANPA BULUH, LANGKAH DEMI LANGKAH

Berikut dikongsikan cara buat lemang jagung tanpa buluh, langkah demi langkah.

BAHAN-BAHAN

  • 500g beras pulut – bilas dan toskan
  • Setongkol setengah jagung – nak lebih pun boleh
  • 100ml santan pekat – tambah jika nak lagi lemak
  • 400-500ml air
  • 1sudu besar minyak masak
  • 1sudu besar garam
  • 1sudu besar gula

Barang sampingan

  • Loyang 9inci
  • Daun pisang – layur atas api

CARA-CARA

  1. Masukkan semua bahan ke dalam loyang. Hiris keluar isi jagung drpd tongkolnya menggunakan pisau. Kukus selama 30minit-40minit sehingga pulut masak sekata.
  2. Setiap 10minit buka penutup kukus dan kacaukan pulut supaya masak sekata. Kalau tak kacau nanti ada bahagian yang tak masak.
  3. Bila pulut dah masak, tunggu sehingga pulut menjadi suam sedikit.Ini rahsia nak bentukkan lemang tanpa buluh. Cari botol plastik mengikut saiz yang anda mahu untuk lemang anda. Puan Norashidah menggunakan botol air yang telah dipotong bahagian atasnya. Pegang pulut guna plastik, kalau tak nanti melekit2 tangan. Ambil pulut, tekan dan penyek-penyekkan dalam botol tadi sampai mampat, supaya lemang tak lerai bila nak potong.
  4. Untuk keluarkan lemang yang sudah mampat, gunakan sudu buat macam dalam gambar, untuk tarik sket lemang daripada dinding botol. Kemudian ketuk-ketuk sedikit botol bagi lemang keluar. Jangan risau, ia tentu boleh keluar sebab ada minyak dan santan yang menjadikannya licin. Buat masa pulut masih suam. Kalau dah sejuk pulut akan melekat, takut susah nak keluar.Nak lagi mudah, gunting potong hujung botol tu biar berlubang pada kedua-dua belah. Jadi, boleh tolak saja lemang daripada satu sisi untuk dikeluarkan nanti. Ataupun, gulung daun pisang dan masukkan ke dalam botol, macam orang buat lemang buluh, lepas tu mampatkan pulut. Tarik lemang keluar dengan menarik keluar daun pisangnya sekali. Senang cerita!lemang jagung
  5. Gulungkan guna daun pisang dan kemaskan hujungnya mengikut kreativiti masing-masing.Kalau rajin ikatkan kedua-dua hujung daun pisang tu dengan tali. Jadi kemas.lemang jagunglemang jagung

Atau potongkan saja mengikut panjang lemang anda.lemang jagung

6. Susun dalam pengukus dan kukus semula sekejap dalam 10-15 minit. Kalau nak lemang ada rasa garing-garing sedikit bolehlah dibakar sekejap dalam oven.

Tapi jangan bakar terlalu lama hingga hangus daun pisangnya.

“Besar-besar saiz lemang aku ni haa sebab guna botol besar. Korang guna lah botol kecik sket bagi saiz dia comel sket,” gurau Puan Norashidah.

lemang jagung

7. Dah siap kukus, potong dan makanlah.

“Sedap lemang dengan lemak manis jagung. Anak-anak ratah gitu je makan.

Ni makan dengan rendang ayam mak mertuaku huhu.”lemang jagung

MENYELERAKAN!

Rupanya mudah saja cara buat lemang begini, tapi tetap nampak menggiurkan. Tentu harum baunya apabila digulung dengan daun pisang. Rasa tradisional masih ada, itu yang mahal.

Selain lemang jagung, anda juga boleh membuat lemang biasa atau lemang pulut hitam dengan menggunakan teknik ini. Tentu tak kurang sedapnya! Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semua.

BACA: Lemang Guna Tin Tak Selamat, Kita Buat Lemang Pakai Cawan Kertas. Lagi Senang!

Jika anda suka dengan artikel ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI di group sebelah bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

20 + 1 =