Home All Petua Dapur Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap!

Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap!

40553
0
karipap
Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap! 1

Kuih karipap antara kuih ‘lejen’ kegemaran ramai. Biasanya nak buat inti yang sedap mudah, tapi nak buat kulitnya tu ramai mak-mak yang ‘failed’. Biasanya kalau tak kena cara kulitnya jadi liat dan keras.

Sebenarnya, ada cara untuk hasilkan kulit karipap yang rangup dan inti kentang yang sempurna rasanya.Mak-mak boleh cuba resipi dan langkah satu persatu yang dikongsikan oleh penjual karipap ini sendiri, Puan Eyda Fyda.

Berikut perkongsiannya;

“Memandangkan ramai yang minta share resepi kulit karipap rangup di post saya sebelum ni,saya dengan berbesar hati nak kongsi dengan kawan-kawan semua dan jangan lupa doakan agar saya dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik sentiasa.Aamin.

“Saya izinkan share dan selamat mencuba. Ingat, jangan share je tau, pastikan cuba buat,mana tau boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan macam saya.”

Bahan-Bahan:

(Kulit Karipap Rangup) :

  • 1kg Tepung Gandum
  • 1mangkuk/cawan kecil minyak masak
  • 2 sudu majerin
  • Air bancuhan garam

Cara Membuat:

1.Panaskan 1cawan/mangkuk kecil minyak masak bersama 2sudu majerin… panaskan sehingga hilang bunyi berdesir.

Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap! 2

2.Tuangkan minyak masak bersama majerin yang telah dipanaskan tadi ke dalam tepung.

Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap! 3

3.Gaul sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti.

Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap! 4

4.Buat air bancuhan garam (garam agak2 je ye).

Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap! 5

5.Tuangkan air bancuhan garam tadi sedikit demi sedikit.

Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap! 6

6.Ulikan sehingga menjadi seperti dalam gambar.

Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap! 7

7.Doh yang telah siap diuli.

Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap! 8

8.Rehatkan doh selama setengah jam dan bungkus di dalam plastik supaya tak kena angin.

Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap! 9

9.Doh yang telah direhatkan semakin lembut dan seakan berminyak gitu.

Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap! 10

Bahan-Bahan (Inti) :

  • Kentang didadu
  • Serbuk kari daging (saya suka guna rempah kari daging cap BABAS macam dalam gambar)
  • Cili kering dikisar bersama bawang besar,bawang putih dan udang kering
  • Air rebusan daging bersama daging yang telah direbus
  • Sedikit daun sup untuk bau yang sedap
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa (Terpulang samada nak guna ataupun tidak).

Cara Membuat:

1.Tumiskan lada kering,bawang besar,bawang putih dan udang kering yang telah dikisar.

Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap! 11

2.Masukkan serbuk kari(saya suka guna kari babas) tumiskan sehingga garing dan naik bau.

Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap! 12

3.Masukkan air rebusan daging… kacau rata.

Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap! 13

4. Masukkan kentang yang telah didadu.

Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap! 14

5.Masukkan daging cincang yang telah direbus.

Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap! 15

6.Tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.

Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap! 16

7.Biarkan sehingga kentang menjadi empuk dan kering. Kena rajin kacau ye.Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap! 17

8.Inti yang telah siap.

Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap! 18

9.Tadaaa siap karipap kita.

Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap! 19

Karipap yang telah siap digoreng dan sedia untuk dimakan.

Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap! 20

Semoga Bermanfaat!

Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap! 21

Jadi buat mak-mak yang nak sediakan hidangan minum petang buat anak-anak dan keluarga tu, bolehlah cuba resipi dan cara yang dikongsikan ini.Sedapnya makan karipap panas-panas!

Sumber:Eyda Fyda

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here