Cara Buat Ketupat Palas Lemak Yang Sedap Untuk Raya

Cara Buat Ketupat Palas Lemak Yang Sedap Untuk Raya | Bila tiba raya, hidangan lemang dan ketupat palas semestinya antara yang wajib ada. Tanpa hidangan ni, tak lengkap raya tau.

Bagi anda yang teringin nak cuba buat Ketupat Palas untuk raya tahun ni, resipi perkongsian saudari D’Iris Marissa Maria ni boleh dicuba. Sangat sedap dimakan dengan serunding, rendang ataupun nisan cair ( manisan cair).

RESIPI KETUPAT PALAS LEMAK / TAWAR

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg beras pulut
  • 1/2kg santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1 sudu makan garam kasar
  • 2 sudu makan gula
  • Daun palas secukupnya

ketupat palas

CARA MEMASAK KETUPAT DAUN PALAS:

1. Beras pulut dibersihkan dan rendam selama 12 jam. Kemudian kukus hingga masak.

2. Campurkan santan bersama air. Kemudian masak santan tersebut bersama gula dan garam hingga mendidih.

3. Masukkan pulut yang baru siap dikukus ( panas-panas) ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan santan. Gaul hingga sebati dan biarkan seketika.

4. Bila pulut telah sejuk, bolehlah dibalut dan dibungkus menggunakan daun palas. Lakukan hingga habis.

5. Setelah siap, ketupat boleh dikukus atau direbus seketika supaya rasanya lebih sedap dan tahan lama.

Setelah siap dibungkus, ketupat daun palas juga boleh digoreng. Ikut citarasa masing-masing.

CARA BUNGKUS KETUPAT DAUN PALAS:

https://www.facebook.com/irismarissa.maria/videos/1870343556329232/

CARA ARUNG PULUT:

https://www.facebook.com/irismarissa.maria/videos/1550639671632957/

Kredit resipi & foto: D’Iris Marissa Maria

You might also like
1 Comment
  1. […] BACA: Cara Buat Ketupat Palas Lemak Yang Sedap Untuk Raya […]

Leave A Reply
Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.