Home All Petua Tanaman Cara Buat Hormon Akar dan Booster Untuk Tanaman Dari Daun Ketapang

Cara Buat Hormon Akar dan Booster Untuk Tanaman Dari Daun Ketapang

1245
0
Cara Buat Hormon Akar dan Booster Untuk Tanaman Dari Daun Ketapang

Cara Buat Hormon Akar dan Booster Untuk Tanaman Dari Daun Ketapang | Kebiasaanya daun ketapang atau nama saintifiknya Terminalia catappa diguanakan untuk tujuan membungkus makanan seperti tempe, tapai dan sebagainya. Namun, ramai tak tahu daun ketapang mempunyai nutrien yang baik untuk tanaman.

Bagi yang mengamalkan amalan kebun hijau, daun ketapang boleh menjadi hormon penggalak akar dan booster. Ia mudah disediakan dan tidak memerluakn bahan yang rumit.

Hormon pengakaran dan booster ini boleh digunakan untuk:

  1. Mempercepatkan proses tut pokok tanaman
  2. Mengakarkan keratan batang pokok ( Tin, Rose, Mulbery)
  3. Memulihkan pokok yang dialihkan
  4. Menyuburkan tanaman yang mengalami kerosakan akar
  5. Menyuburkan Medium Tanaman.

Cara Membuat Hormon Pengakaran:

  1. Kumpulkan daun pokok Ketapang yang gugur. Pilih daun yang kekuningan dan masih segar..
  2. Sukatannya ialah 1 kilo daun + 10 liter air
  3. Ramas dan koyakkan helaian daun ketapang.
  4. Rendamkan dalam air biasa minimum semalaman.
  5. Simpan air rendaman yang mengandungi hormon daun Ketapang tadi.
  6. Sisa daun yang direndam elok di letakkan pada pangkal pokok atau dalam pasu. Biarkan ia menjadi reput

Akar yang agresif di bawah timbunan daun ketapang

Cara penggunaan hormon:

  • Pokok> Boleh disiram setiap hari pada tanaman.
  • Keratan > Rendam keratan dalam air hormon semalaman sebelum ditanam.

Catatan:

  • Perlu diingatkan air daun ketapang bersifat acidic.
  • Penggunaan dalam jangka panjang boleh menyebabkan media menjadi masam (pH rendah).

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here