Cara Buat Homemade Chili Flakes Yang Confirm Sedap & Pedas

Chili flakes atau serbuk kasar cili kering adalah antara bahan yang anda perlukan terutama ketika masak makanan Barat. Tidak kira masak pasta atau macaroni, menambah chili flakes pastinya dapat memberi rasa yang lebih ‘kick’ dan warna dalam masakan.

Bagi peminat pizza Domino mesti setuju kalau kami katakan chili flakes mereka sangat sedap dan kick. Tapi sayangnya chili flakes mereka tidak dijual berasingan. Jadi bagi peminat chili flakes mesti ramai mencuba pelbagai jenis brand untuk di padankan dengan menu makanan barat anda.

Namun, kalau anda perasan harga chili flakes di pasaran boleh dikatakan agak tinggi. Jadi, kalau nak lebih jimat anda sebenarnya boleh buat sendiri chili flakes ini di rumah dan pastinya mempunyai rasa yang lebih pedas!

MACAM MANA NAK BUAT CHILI FLAKES

Sebelum ni pernah beli dah chili flakes. Tapi rase dia tak sama macam yang dominos punya. Rase pahit, bau pun tak mengancam. Pernah cakap dengan kawan brand apa ye yang sedap cili flakes? Ada dia tunjuk botol, tapi dia cakap tak sedap mana jugak dan biji banyak. Tersembang dia cakap buat lah kak.

Cari punya cari maka terhasillah homemade cili flakes. MasyaAllah, Puas hati sungguh buat sendiri, bau wangi, biji kurang, rase yang sangat sedap. Tak ada rasa pahit, bau pelik ke apa. Sis dini dah jatuh cinta buat sendiri. Kos pun murah berbaloi. Cili kering sis dini pakai beli dekat jusco.

1. Selepas basuh cili dan toskan, bakar cili guna kuali pun boleh, guna air fryer pun lagi mudah. Agak agak jer jangan kasi cili hangit ye awak.

chili flakes

2. dah garing cili, patah patahkan guna tapisan supaya senang biji 2 cili tu jatuh. Nanti senang kita ambil cili sahaja untuk masuk dalam blender kering.

chili flakes

3. masuk dalam blender kering, agak agak jangan terlalu kasar atau terlalu halus. selamat mencuba..sedap sangat buat sendiri..pastikan cili kering tu fresh ye awak.

blender chili flake

4.tadaaa dah siap

5. masukkan dalam botol yang ada lubang-lubang senang untuk kita pakai.

*Selamat mencuba!

Sumber : Jauharatuddini Taib

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

2 + 15 =