Ini Cara Buat Baja Kulit Udang Bantu Tanaman Imun Dari Serangan Fungus.

Ini Cara Buat Baja Kulit Udang Bantu Tanaman Imun Dari Serangan Fungus. | Tak sangka, rupanya kulit udang bermanfaat untuk tanaman terutama membantu mengeluarkan pucuk baru.

Zat yang ada dalam kulit udang iaitu Chitosan menajdi baja semula jadi dalam membantu melawan jangkitan fungus.

Nak tahu caranya jom baca perkongsian dari Enkay Nik Mustaffa.

Baja Kulit UdangKuasa baja kulit udang

InshaAllah semua berebut nak mengeluarkan pucuk baru. Kulit udang, ketam dan kerang kerangan mempunyai sejenis zat yang dikenali sebagai Chitosan.

Chitosan atau chitin ini memberikan banyak kebaikan kepada tanaman kita. Antara manfaat chitosan kepada tanaman kita ialah ia merupakan baja semulajadi kerana tumbuhan menyerap zat nutrien tanpa unsur baja kimia yang lain.

Chitosan digemari oleh organisma organisma baik di dalam tanah seperti cacing dan bakteria.

Tanaman disifatkan lebih kuat melawan jangkitan fungus dan membolehkan pokok hidup lebih subur kerana kadar pertumbuhan pokok lebih positif. Baja chitosan ialah baja semulajadi yang amat mudah untuk disediakan.Cara membuat baja kulit udang.

Kulit udang atau ketam dan kerang hanya perlu direbus dan air rebusan boleh disejukkan dan disiram ke tanaman. Kulit yang direbus boleh dijemur dan ditumbuk atau dikisar dan bolehlah ditaburkan ke tanaman kita. Kalau rasa tak rajin dan nak senang- boleh beli di kedai pertanian.

Jom kita ke kebun
xoxo
#jomtanamsayur #ediblegarden #kebunbandar #kebunrumah #abah_umarediblegarden

BACA JUGA :: Ini Cara Jadikan Kulit Pisang Sebagai Baja Semula Jadi Untuk Suburkan Pokok Hiasan

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eleven − three =