Cara Buat Ais Krim Pelangi ‘Paddle Pop” Homemade

Bila teringat akan ais krim ini, ia buatkan kita teringat akan zaman kanak-kanak dahulu, yang mana menjadi kegemaran tiap kali kalau makan ais krim. Ais krim yang top masa zaman 80-90an dulu ialah ais krim malaysia dan ais krim pop ( boleh potong 2 share dengan kawan-kawan ).

Ais krim malaysia lebih menarik kerana boleh buat sendiri dan juga pelbagai perisa, paling top dulu ialah perisa Milo. Maklumlah zaman dulu bukan semua keluarga mampu nak merasa milo ni tau!

Tidak kira apa jenis ais krim pun dengan rasa dan warna yang menarik, buatkan budak-budak suka akannya. Ada juga perisa pelik-pelik dan yang paling rare ais krim menggunakan air jeruk buah. Dulu ibu bapa tidak terdidik sangat dengan kesan jangka masa panjang air jeruk ni, lagipun ini adalah salah satu penjimatan dari buang air jeruk tu baik buat ais krim. Lagi-lagi waktu dulu tak banyak pilihan ais krim mampu milik yang ada, nak beli yang mahal-mahal belum mampu lagi.

Apa kata kalau kita buat sendiri ais krim ‘paddle pop’ pelangi ini, boleh menggamit memori waktu kanak-kanak dulu, lagi seronok dapat makan bersama anak kita sendiri.

Bahan – bahan untuk buat aiskrim paddle pop homemade ni adalah seperti berikut:

  • 1 tin Susu cair/susu segar
  • 3 sudu Susu pekat
  • 2 sudu Gula
  • 1 sudu Ovalette
  • Pewarna

Macamana nak buat aiskrim paddle pop homemade ni?

1. Mix semua bahan-bahan, pukul sehingga sebati. kami guna mixer, tapi bila lambat sangat nk sebati tu, kami blend je guna blender.
2. Then, asingkan adunan kepada 4 bahagian (sebab kami guna 4 jenis warna). Setiap bahagian, masukkan pewarna yang anda pilih.
3. Masukkan adunan warna mengikut urutan yang anda suka ke dalam acuan aiskrim. Tak kisah nak start with yellow dulu ke, green ke, yang penting, last sekali nampak macam pelangi (paddle pop).

So, dah siap. Boleh masukkan acuan aiskrim tu ke dalam tempat beku peti ais rumah anda.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

8 − 6 =