Cara Buat Stok ‘Air Pelawas’ Untuk Anak Dengan Kurma & Prune

Sembelit memang biasa sangat berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Namun sebagai ibu bapa, siapa tak risau melihat anak yang begitu terseksa membuang air besar, bukan?

Dalam perkongsian kali ini, kami mendapat sebuah petua yang amat menarik daripadaPuan Yatie Eimra. Mari kita ikuti perkongsian selengkapnya di bawah.

CARA BUAT STOK ‘AIR PELAWAS’ DENGAN KURMA & PRUNEair pelawas untuk bayi, air pelawas untuk anak, anak sembelit, anak susah berak, bayi sembelit, bayi susah berak, ubat anak senang berak, petua anak sembelit

Untuk pengetahuan semua, anak kecil Puan Yatie juga mengalami sembelit. Kalau 3 hari tak membuang air besar, biasanya dia akan mengalami sembelit yang teruk hingga berdarah. Itupun selepas diurut dan dilakukan beberapa cara lain.

Selalunya Puan Yatie akan berikan jus prune yang readymade, tapi baginya cara ini tidaklah begitu sesuai kerana ia membuatkan anaknya cirit-birit sepanjang hari.

Tapi, setelah memberi air pelawas ini, nampaknya ia amat serasi. Anak tak menangis dan tiada masalah untuk meneran. Najisnya lembut walaupun selepas 3 hari tidak membuang air besar. Selepas itu juga, tidak ada lagi masalah cirit-birit yang berlarutan.

Oleh itu, kalau ada ibu-ibu yang susah hati dengan masalah anak sembelit, bolehlah cuba cara ini.

BACA JUGA: Petua Rawat Buasir Menggunakan Kulit Manggis

BAHAN-BAHAN

  • Segelas air (± 300ml)
  • 9-11 biji kurma (dibuang biji & kulit)
  • 9-11 biji dried prune (saya guna Sunsweet)

CARA-CARA

1. Kurma dibasuh, dibuang biji & kulit (supaya tak tersedak).

2. Rendam kurma & prune dalam segelas air selama semalaman atau 8-12 jam pada suhu bilik. (Kalau buat pagi, petang dah boleh minum.)

Air rendaman perlu dibiarkan pada suhu bilik semalaman atau 8-12 jam pertama supaya khasiat buah dapat larut ke dalam air dengan baik. Kalau terus masukkan ke dalam fridge, proses ini akan dilambatkan. Sebab itu juga ia efek pelawasnya kurang berkesan.

air pelawas untuk bayi, air pelawas untuk anak, anak sembelit, anak susah berak, bayi sembelit, bayi susah berak, ubat anak senang berak, petua anak sembelit

 

3. Blend halus bahan-bahan tadi. Masukkan dalam ice tray. Bekukan dalam freezer.

Gunakan ice tray bertutup untuk elakkan meresap bau-bauan lain. Kalau ice tray yang tak ada penutup, boleh gunakan cling wrap dan ikat getah di hujungnya. Bila dah beku, boleh alihkan ke dalam bekas bertutup.

4. Bila nak digunakan, defrost 3-4 kiub dan cairkan dengan sedikit air panas (jangan terlalu cair).air pelawas untuk bayi, air pelawas untuk anak, anak sembelit, anak susah berak, bayi sembelit, bayi susah berak, ubat anak senang berak, petua anak sembelit

 

5. Kalau ada lebihan air tadi, boleh disimpan dalam bahagian chiller. Ia masih boleh bertahan sehingga 2 hari lagi.

Contoh dalam gambar ini saya defrost pada 2/8/17 (Rabu). Jadi, air ini masih boleh diminum sebelum 4/8/17 (Jumaat).

air pelawas untuk bayi, air pelawas untuk anak, anak sembelit, anak susah berak, bayi sembelit, bayi susah berak, ubat anak senang berak, petua anak sembelit

BACA JUGA: Cara Mudah Tanggalkan Kerak Susu Pada Botol Susu Anak

 

NOTA TAMBAHAN

*Air ini agak pekat sebab ia dibuat untuk dibekukan. Cara ini mudah sebab ibu-ibu yang sibuk tak perlu buat / defrost hari-hari, (terutamanya bagi anak yang kerap sembelit). Saya bagi anak minum 2 hari sekali dan alhamdulillah tak ada ada masalah sembelit lagi.

*Kalau yang nak buat dalam kuantiti kecil, boleh terus rendam 1 biji kurma + 1 biji prunedalam ½ cawan air selama 1 hingga 2 jam. Tapi sebaik-sebaiknya guna air kurma yang telah direndam (nabeez) untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.

*Rasa minuman ini amat sedap dan ia juga sesuai untuk semua peringkat umur, termasuklah kanak-kanak dan dewasa.

 

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

six + 8 =