Lelaki Ni Kongsi Cara Berjimat Untuk Cat Rumah. Trik Dia Memang Awesome Boleh Follow!

Lelaki Ni Kongsi Cara Berjimat Untuk Cat Rumah. Trik Dia Memang Awesome Boleh Follow! | Selain menukar perabot baharu atau langsir baharu, mengecat juga adalah satu cara paling mudah untuk lakukan perubahan mood pada ruang kediaman keluarga kita.

Bahkan cara ini juga tidaklah perlukan kos yang besar. Apatah lagi jika menggunakan trik yang dikongsikan oleh lelaki ini.

Bayangkan untuk mengecat ruang living room, dapur, tiga bilik tidur dan 2 bilik air di kediaman apartmen, dia hanya berbelanja RM 131 sahaja!

BACA: Cara Mudah Baik Pulih Cat Dinding Mengelupas, Buat Sendiri Pun Boleh!

Bagaimana dia boleh lakukan itu, jom ketahui method yang digunakan olehnya.

CARA JIMAT DUIT UNTUK CAT RUMAH ANGPA..

1. Beli cat sendiri.. fahami jenis cat, dan karekter dia.. Cat pilihan aku ialah Nippon Matex Maxi White.. Aku beli Nippon Matex Maxi White 18liter pada harga 68ringgit.. Dan aku beli 1 liter Nippon Easy Wash berwarna grey pekat (seakan hitam) pada harga 28ringgit.. Kalau angpa tak suka Nippon, angpa boleh pakai Jotun Jotaplas.. Ni dua jenis cat mmg rival.. Geng kontraktor suka pakai dua jenis ni, murah dan elok.. Tapi jgn tanya aku pasal jenama lain, aku tak biasa dgn jenama lain.

cat rumah

Sambung balik.. Aku bancuh kedua dua cat tu, then dpt warna LIGHT GREY (rujuk gambar pertama).

cat rumah

Berbeza kalau aku beli cat ikut code warna terus.. even kalau pakai Matex pun, 5Liter dah jejak around 70ringgit.. So aku dpt jimat byk..

Aku habis 96 ringgit dgn cara bancuh sendiri, berbanding habis 280 ringgit utk dpt kuantiti cat yg sama iaitu 18 liter..

Kekurangannya ialah angpa mungkin tak dpt code warna yg diinginkan untuk cat rumah. Jadi aku sarankan kalau nak guna cara ni, angpa boleh try bancuh sikit sikit.. Tp sebolehnya campur ikut kuantiti.

Contoh, aku kira aku campur 1 liter:18 liter. Jadi pada masa hadapan jika aku nak beli cat yg warna sama, aku akan bancuh guna nisbah yg sama utk dpt warna yg sama..

Aku dah pakai method ni bertahun tahun.. alhamdulillah takde issue cat tertanggal atau cat pudar etc….(Total kerugian utk cat ialah 96.00 ringgit.. )

2. Beli peralatan cat, iaitu satu berus kecil dan roller brush.. Pemilihan roller brush juga penting.. aku sarankan beli dua jenis roller brush yg berbeza Nap atau Thickness wool dia..

Contoh, aku beli 1 roller brush 3/8″ nap yg aku guna utk first layer dan 3/16″ utk final layer yg memberi efek smooth surface, Aku pilih dua jenis brush ni sebab aku nak cat interior sahaja..

Kalau cat Exterior guna Nippon Weatherbond dgn surface dinding luar yg kasar, aku akan guna roller brush jenis 3/4″ nap..

Ketebalan bulu tu ada beza kegunaan dia ya.. Angpa akan nampak beza kalau angpa dah start mengecat..

Jenis tebal, akan simpan byk cat jadi angpa tak payah nak ulang alik celup cat.. Jimat tenaga kat situ..

Then angpa pakai roller brush nipis utk hasilkan kesan rata dan cantik..

Total kos ialah RM4 utk sintetik brush, dan rm14 utk dua unit roller brush, dan RM7 utk Roller Brush holder.. Utk hasilkan kesan line yg kemas dan cantik, aku beli masking tape.. Kat kedai duaringgit ada masking tape murah.. aku pakai yang tu.. Kuantiti Masking tape, depend kat angpa lah. Dalam.kes aki, aku beli 5 bijik masking tape dgn harga seunit ialah 2ringgit..

Thinner? Aku tak pakai thinner utk bersihkan cat yg tumpah, sebaliknya aku guna towel basah dah alas utk meminimakan tumpahan atau menitik tu.. Nippon Matex yg aku pakai adalah cat water based.. senang hilang.. dont worry.
(Total kerugian peralatan ialah 35ringgit..)

3. Aku cat sendiri.. Kat sini aku dpt jimat 800ringgit sebab kos panggil tukang cat biasa sekitar 800ringgit utk rumah apartment, dan kalau rumah teres jejak 2500ringgit utk kerja cat luar dan dalam..
(Total kos, zero..)

Jadi.. aku hanya perlukan 131 ringgit utk cat rumah apartment aku, termasuk living room, dapur, tiga bilik tidur dan 2 bilik air..

Walaupun tak berkualiti tinggi mcm cat yg guna total easy wash paint, tp at least aku dpt cat rumah pada harga yang ok, dgn kualiti yang pada aku secara personalnya ok.. Cantik pada mata aku..

Tips: Ada cara angpa nak timbulkan suasana rumah tu sama ada besar memanjang atau besar melebar dgn hanya menggunakan cat.. rujuk gambar keempat..

cat rumah

Edit:
Ada sahabat yg mmg jual cat iaitu Fuad Norazizol cakap kalau korang nak cat rumah instead of guna first grade paint mcm nippon easy wash tu, boleh je downgrade guna second grade paint mcm nippon matex gold.. atau kalau lg power, boleh beli colourant atau dye sahaja.. lagi jimat.. apapun terpulang pada plan untuk cat rumah masing masing.. semoga kerja cat rumah angpa semua dipermudahkan.. .. BTW kalau nak cari cat di area Kota Bharu, boleh roger Fuad..

SELAMAT HARI RAYA..
JANGAN SEDIH SEDIH RAYA SORG SORG..

sumber : Muhammad Naqiuddin

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

19 + seventeen =