Inilah 13 Jenis Bunga Yang Boleh Dimakan Dan Banyak Manfaatnya

Tanaman dan bunga biasanya kita ketahui hanya tanaman di halaman rumah. Kesan segar dan indah dari keduanya sering menjadi pilihan bagi mereka yang inginkan halaman rumah mereka kelihatan lebih hidup.

Setakat ini yang kita ketahui, peranan tumbuh-tumbuhan ini hanyalah sebagai hiasan dan pemberi udara yang sejuk. Tumbuhan ini dianggap berksesan dalam mengurangkan tekanan, mencegah selesma, dan membuang racun di udara sekitar rumah.

Tapi, sebenarnya tumbuh-tumbuhan dan bunga juga boleh dimakan. Sesetengah dari tumbuhan ini diketahui mencetuskan tindak balas alahan apabila dimakan. Namun, sesetengah yang lain juga didakwa baik untuk dimakan.

Berikut merupakan 13 bunga yang selamat untuk dimakan dan memberi khasiat kepada tubuh:

BUNGA TONGKENG

Bunga tongkeng atau nama saintifiknya telosma cordata, hidup menjalar dan akan menghasilkan bunga yang berjambak-jambak jika hidup subur. Bunga tongkeng berwarna putih kekuningan, akan mengeluarkan bau harum di waktu malam. Di sebalik namanya yang unik itu, bunga tongkeng ini sebenarnya boleh dimakan.

Ia kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin A dan vitamin C. Pucuk bunga tongkeng enak dibuat kerabu, gulai atau pun digoreng. Rasanya agak sedikit pahit tetapi sedap. Masyarakat Cina pula, lebih suka makan sup bunga tongkeng.

BUNGA DURIAN

Tidak ramai yang tahu, bunga durian juga boleh dimakan. Jika ada bunga durian yang bertaburan, jangan dibuang. Bunga durian berwarna putih berkrim ini selalunya dikutip ketika waktu panas. Jika waktu selepas hujan, bunga durian akan berlendir. Di Negeri Sembilan, kebiasaannya bunga durian akan dibuat gulai ataupun rendang. Jika di Sarawak pula, bunga durian enak digoreng bersama belacan dan cili padi.

Bagaimanapun, bunga durian perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Buangkan lendir dipangkal hujung bunga. Bunga durian juga boleh dibuat kerabu tetapi bunganya kenalah dicelur terlebih dahulu.

BUNGA BETIK

Ramai yang tidak suka makan bunga betik. Kata mereka pahit. Tetapi sebenarnya ada cara untuk menghilangkan rasa pahit bunga betik. Antaranya rendam bunga betik dengan asam jawa, asam gelugur ataupun daun senduduk, tak pun paling senang, ramaskan daun betik dengan garam sebelum memasaknya.

Bunga betik boleh digoreng tumis atau dibuat kerabu. Paling tidak pun dijadikan ulaman. Rasanya lemak-lemak pahit. Sesuai bagi mereka yang menghidap darah tinggi dan kencing manis.

BUNGA NIPAH

Nipah adalah sejenis pokok palma yang hidup di hutan paya bakau yang kebanyakannya berdekatan tepi laut ataupun di kuala sungai. Daun nipah berbentuk tirus panjang dan agak keras dan sering dijadikan atap rumah. Boleh dikatakan hampir keseluruhan pokok nipah boleh digunakan. Daun nipah jika dikeringkan boleh dibuat rokok daun. Buah nipah pula, boleh dimakan dan isinya seperti buah kabung. Manakala air nira nipah, dijadikan manisan atau gula nipah. Bunga nipah juga sedap dibuat kerabu atau masak lemak.

Bunga nipah akan berbunga secara bergugus dicelah-celah pelepah nipah dan di hujung tangkainya menghasilkan buah. Tidak kira apa jua masakan, bunga nipah yang telah dibersihkan perlulah direbus untuk menghilangkan rasa pahit. Selepas itu, barulah boleh dimasak.

BUNGA KEKWA

Bagi penggemar air teh bunga, inilah bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan teh yang sedap. Bunga kekwa berwarna putih kuning akan dikeringkan terlebih dahulu, sebelum direndam menjadi teh bunga. Tetapi hanya bunga kekwa jenis chrysanthemum coronarium sahaja yang boleh dimakan. Di China, bunga kekwa ditanam sejak kurun ke-15 dan merupakan salah satu pokok herba yang sangat dihargai kerana mempunyai banyak khasiat antaranya menyejukkan badan, anti radang, merawat permasalahan kulit, merawat hati lemah, memperbaiki daya penglihatan serta merangsang pengedaran darah.

Masyarakat Cina, juga menjadikan bunga kekwa antara menu sihat yang diamalkan sejak sekian lama. Kebiasaannya bunga kekwa akan digoreng bersama hirisan bawang putih dengan sedikit cili kering dan akan dihidangkan panas-panas.

CALENDULA

Tanaman emas ini telah menjadii sebahagian daripada keluarga ester. Bunga ini boleh dijadikan sebagai teh atau minyak. Bunga ini juga boleh dimakan langsung. Kelopak bunga ini boleh menjadi sajian salad atau dihidangkan dengan cara dipanggang.

Bunga ini berfungsi untuk merawat sengugut haid, sakit tekak, kanser, ulser, buah pinggang, cacar dan penyakit kuning.

ENCHIANCHEA (CONEFLOWER)

Echinacea biasanya dijadikan teh atau ekstrak dalam bentuk serbuk. Caranya sangat mudah, keringkan bunga, kemudian hidangkan sesuai apa yang anda inginkan.

Bunga ini juga boleh menjadi herba tahan udara panas. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk melawan gangguan sistem pencernaan, jangkitan pundi kencing dan selesma.

DANDELION

Bunga cantik berwarna kuning cerah ini juga boleh dimakan. Apabila bunga ini menjadi layu, bunganya akan diterbangkan bersama angin.

Benih putih halus yang terdapat pada bunga ini merupkan vitamin A, C dan K yang sangat baik untuk tubuh. Dalamnya juga tersimpan sedikit vitamin E dan B.

Kandungan lainnya ialah, zat besi, kalsium, magnesium dan kalium. Bunga ini juga diketahui memiliki tahap antioksidan yang tinggi serta anti-radang.

Boleh juga digunakan sebagai bahan dalam salad, sup dan teh.

BUNGA RAYA (HIBISCUS)

Bunga berwarna merah jambu terang ini tumbuh di kawasan tanah tropika, seperti Indonesia dan juga Malaysia.

Popularitinya di dunia masakan meningkat secara drastik semenjak beberapa tahun kebelakangan ini kerana rasanya yang lazat dan tahap vitamin V yang tinggi.

Bunga ini biasanya ditemui dalam teh dan koktel. Gunakan juga bunga ini sebagai alternatif pencuci mulut.

Beberapa penyelidikan menunjukkan bunga raya boleh membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kolestrol.

LAVENDER

Lavender ini biasanya digunakan sebagai wangi-wangian, tapi juga mempunyai manfaat untuk tubuh jika dimakan. Bunga ini boleh dicampur menjadi minyak penting yang dipercayai dapat membantu mengatasi kegelisahan, jangkitan kulat dan keguguran rambut.

Meski minyak penting lavender tidak boleh dimakan, tapi anda boleh mendapatkan manfaat lavender sebagai pelengkap kepada herba, teh, koktel, pasta, sos salad dan pencuci mulut.

MAWAR (ROSE)

Bunga mawar biasanya digunakan sebagai hiasan atau hadiah untuk insan tercinta. Namun, siapa sangka jika mawar ini juga boleh dimakan?

Mawar mengandungi vitamin C yang bermanfaat untuk tubuh. Gunakan mawar untuk membuat jem, sup dan teh. Air maar juga boleh digunakan sebagai pelengkap rasa dalam hidangan makanan dan minuman.

BUNGA MATAHARI

Bunga matahari sangat popular dengan bijinya yang boleh dimakan, secara keseluruhan yang biasa disebut sebagai kuaci.

Namun, selain bijinya boleh dimakan, ia juga boleh dihancurkan dan dijadikan serbuk untuk membuat roti.

Tunas bunga muda boleh dikukus dan dimakan. Sementara kelopak, daun dan akarnya boleh dihidangkan sebagai teh.

NASTURTIUM

Semua bahagian dari bunga ini diketahui boleh dimakan. Bahkan bunganya sering digunakan sebagai salah satu kandungan dalam hidangan salad.

Nasturtium mengandungi 130 miligram vitamin C setiap 100 gram dan 45 miligram lutein. Pemakanan dalam nasturtium diketahui mampu menjangkakan gangguan mata, kanser, diabetes dan penyakit jantung.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

one × 4 =