Dah Tak Relevan Budaya Lelaki Makan Dulu, Wanita Sedia Apa Tak Cukup

Dah Tak Relevan Budaya Lelaki Makan Dulu, Wanita Sedia Apa Tak Cukup | Sepanjang minggu ini erlegar tentang peraturan meja makan di rumah yang dipanggil Ayah Long ini. Budaya ‘lelaki makan dulu manakala wanita standby tengok apa yang tak cukup’ ini mendapat respons yang pelbagai baik dari lelaki mahupun wanita.

Biar pun penulis menyebut peraturan atau budaya sebegitu disukai lelaki. Segelintir lelaki terutama yang bergelar suami kurang bersetuju dengannya. Malah, ada yang berpendapat peraturan atau budaya sebegini tak lagi relevan di zaman sukar ini.

Lagi-lagi sekarang ini, baik suami mahupun isteri, kedua-duanya mencari rezeki bersama. Penatnya bekerja juga sama, malah bertoleransi sama-sama buat kerja rumah, itulah yang sebaiknya.

BACA JUGA :: Jangan Berkira Dengan Isteri, Dia Tiada Orang Lain Selain Suaminya Jer

Begitulah yang dikongsikan Motivator terkenal, Akhi Fairuz Al-Jengkawi malah menyifatkan peraturan atau budaya sebegitu akan mewujudkan suami yang menyusahkan isteri. Hadamkan perkongsian selanjutnya.

BUDAYA SEMASA MAKAN YANG LELAKI MESTI SUKA

budaya

Budaya Ini Tak Relevan Dah

Benda ni tak relevan dah. Jika ia diteruskan, akan wujudnya suami yang akan menyusahkan isteri kelak.

Boleh jadi adat ini wujud disebabkan zaman itu orang lelaki kuat bekerja, pergi bendang dari pagi sampai ke petang, usahakan ladang, turun ke laut dan lain-lain pekerjaan berat.

Maka isteri dan anak-anak perempuan akan menyediakan hidangan yang lazat serta layanan yang baik sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan ayah/anak lelaki.

Namun zaman ini lelaki dan perempuan kebanyakannya bekerja, terutama yang tinggal di bandar.
Perubahan zaman, ekonomi, pendidikan membuatkan budaya yang dipraktikkan sejak turun temurun tidak lagi relevan walau pada pandangan sesetengah yang lain dirasakan adat itu baik.

Ketahuilah kita berada di zaman yang penuh rencam!

Isteri Tanggung Beban Berlebihan, Cetus Pergaduhan

Bila bebanan yang ditanggung isteri melebihi kemampuan mereka, itu yg kadang-kadang mudah meletus pergaduhan antara suami dan isteri.

Bayangkan setiap hari perlu urus anak, masak, bersihkan rumah, hidang makanan, basuh baju, lipat baju, kerja di pejabat, menghadap jalan jem, macam-macamlah.

Suami wajib tahu buat kerja rumah juga.
Belajarlah!

Ini Respons Datuk Fazley Yaakob

Malah, penyanyi dan usahawan Datuk Fazley Yaakob turut memberi respons tentang peraturan yang sedang viral ketika ini.

Ajar anak lelaki dan perempuan buat kerja rumah dari kecil. Nabi bila ada kat rumah pun tolong isteri baginda.

BACA JUGA :: Suami Isteri Nak Bahagia Bersama, Tolong Sama-Sama Jangan Buat 7 Perkara Ni.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three + thirteen =