Dah Tak Seram, Tiada lagi Muncung Itik. Wanita Kongsi Buat Ujian Pap Smear Sendiri

Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membunuh seperti kanser dan sebagainya.  Bagaimanapun kesedaran itu tidak bermaksud apa-apa jika tidak disusuli dengan usaha untuk mencegah.

Pap smear boleh dilakukan keatas wanita sewal usia 18 tahun jika sudah diantara mereka yang terdedah dengan hubungan seksual.  Ujian ini dilakukan sekurang-kurangnya setahun sekali.  Daripada pemeriksaan ini, ianya boleh memastikan samada wanita tersebut sihat dan tidak terdedah kepada kanser serviks.

Sebelum ini, wanita yang pernah menjalankan ujian pap smear semestinya melalui pengalaman sedikit sakit dengan bukaan ‘mulut itik’ kedalam bahagian dalam kemaluan.

Perkongsian Nurzafirah Jalil menceritakan pengalamannya membuat ujian saringan serviks sendiri.

Just sharing my experience.
Pap smear hpv dna test dah boleh buat sendiri. Pergi je ke KLINIK NUR LPPKN berdekatan then ckp nk buat pap smear.

Nanti dia suruh isi borang sikit tanya background sikit then dia bg kit pap smear tu iaitu cotton swab tu.

Nanti dia ajar mcm mana cara nak ambik sampel. Then pergi je toilet korang buat la sendiri.

Dah takde muncung itik lg dah. Dah takde nurse yg buatkan dah. Korang buat sendiri je.

Dah tak seram and malu lagi ok. So no more excuse. Demi kesihatan kita ye. Haha so nanti bg sampel tu pada nurse dia lepastu balik. Nanti dia sms result ke hp korang.

Pergilah buat sementara masih percuma. Staff LPPKN tu ckp masih free. Tapi tak tahu akan datang kalau ada dikenakan bayaran. 😊

Update :
Utk info lanjut boleh klik link ni

Sumber: Nurzafirah Jalil

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment