Mudah Sangat Buat Spageti Aglio Olio, Nak Puas Makan Masak Sendiri Lagi Jimat.

Mudah Sangat Buat Spageti Aglio Olio, Nak Puas Makan Masak Sendiri Lagi Jimat. | Kalau makan restoren western ini antara hidangan yang kena dengan lidah kita. Tapinya harga hidangan ini boleh tahan mahal terutama kalau aglio olio seafood.

Jadinya kalau teringin nak makan lagi berbaloi masak sendiri terutama jika yang nak makan tu ramai. Lagi satu cara membuatnya juga mudah. Letak banyak seafood, lebihkan chili flakes supaya pedas. Memang sedap, kena dengan selera. Tak nak letak sayur pun boleh!

Resipi perkongsian Keroroyz Royz antara yang senang dan boleh kita cuba.

Spageti Aglio Olio tak mahu sayur, lauk lebih!

Spageti Aglio Olio

Bahan-bahan Nak Masak Spageti Aglio Olio

  • 300gm spageti
  • 4 ulas bawang putih – dicincang
  • 1 sudu makan chili flakes (lebihkan jika nak pedas)
  • 1 ekor sotong besar – potong bulat
  • 10-15 ekor udang
  • 1 kiub ayam
  • Garam
  • Lada Hitam
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 1 sudu makan keju parmesan
  • Sedikit daun parsley

Spageti Aglio Olio

Cara membuat:

  1. Panasklan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan
  2. Masukkan chili flakes dan lada hitam. Tambahkan kiub dan garam. Kacau lagi.
  3. Masukkan semua seafood dan kacau sebati. Bila seafood sudah masak tutup api.
  4. Kemudian masukkan spageti yang siap direbus dan gaul sebati. Tabur keju parmesan dan daun parsley. Sedia dihidang.

Siap!

Spageti Aglio Olio

Kuantiti hidangan Spageti Aglio Olio ini untuk 4 orang

Spageti Aglio Olio

Selamat mencuba!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

10 + fifteen =