Home Resipi Cara Mudah Buat Sendiri Mi Basah Di Rumah, Dijamin Bersih

Cara Mudah Buat Sendiri Mi Basah Di Rumah, Dijamin Bersih

13920
0
mi basah

Cara Mudah Buat Sendiri Mi Basah Di Rumah, Dijamin Bersih | Selain nasi, menu hidangan seperti mi goreng turut menjadi kegemaran anak-anak untuk dijadikan santapan pagi atau petang. Jadi, apa kata anda cuba buat mi basah sendiri dimana lebih dijamin bersih dan boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak. Tak perlu was-was dan beli di kedai lagi!

BAHAN-BAHAN DAN RESEPI

Masa cuti, macam-macam plan nak masak. Teringin nak makan mi goreng basah.. kat Arab saudi ni takde mi kuning.. jadi saya buat sendiri. Jom kita buat mi basah sendiri, murah, bersih dan tentu halal.

mi basah

  • 500gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 sd kecil garam
  • 1/2 sd kecil air abu/ air kapur
  • Pewarna kuning
  • 1/2 cawan air ( boleh tambah sikit2 kalau doh keras)

CARA-CARA BUAT MI BASAH

  • Campurkan garam.

  • Air..air kapur.. kuning telur..masukkan air dalam tepung uli hingga jadi doh..
  • Jangan lembut sangat, biar keras sikit. Biarkn selama 15 minit, bulat-bulatkan..baru leperkan dengan mesin.

  • Saya guna no 6..no 4 dan no 2..taburkan tepung keatas doh yang leper. Buat sampai habis doh..baru mesinkan ke mata mi..rebus sekejap.
  • Toskan.. basuh dengan air sejuk..toskan, letak minyak dan biarkan sejuk.. dah jadi mi basah kuning. Jom kita buat mi goreng basah.

mi basah

Sumber : Ija Honey
Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here