Cara Mudah Buat Sambal Belacan Kisar. Tak Guna Bawang & Tomato Tapi Memang Sedap

Resipi sambal belacan kisar yang boleh buat stok selama 2 minggu. Istimewa resipi perkongsian saudari Mariana Abd Majid ni ialah tidak menggunakan tomato dan bawang tetapi rasanya tetap sama seperti sambal belacan tumbuk. Nak cuba? Ini bahan-bahan yang diperlukan.

SAMBAL BELACAN KISAR

BAHAN-BAHAN:

  • 5-6 batang cili merah – boleh buang biji jika suka
  • Cili padi secukupnya – boleh buang biji jika suka
  • Belacan – banyak lebih sedap
  • Air asam jawa pekat – perah guna air suam
  • 7-8 biji limau kasturi – ambil jus
  • 2 biji limau kasturi – belah 4, buang biji
  • Gula dan garam kasar secukup rasa

sambal belacan kisar

BACA JUGA :: Sambal Belacan Epal Hijau Resipi Wajib Cuba Ni

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan cili padi dan cili merah. Masukkan ke dalam pengisar. Jumlahnya ikut citarasa dan ikut kepedasan yang nak. Jika kurang pedas, lebihkan cili merah. Jika nak lebih pedas, banyakkan jumlah cili padi.

2. Masukkan belacan, air asam jawa pekat, hirisan limau kasturi dan jus perahan limau kasturi.

sambal belacan kisar

3. Tambahkan juga gula dan sedikit garam kasar. Kisar sekejap-sekejap (on-off-on-off) jangan sampai lumat.

sambal belacan kisar

4. Sedia untuk dinikmati.

sambal belacan kisar

Kredit resipi & foto: Mariana Abd Majid

You might also like
4 Comments
  1. […] yang dikongsikan oleh Fatimah Naamat mengenai sambal kicap yang disimpan lama di dalam peti sejuk memang patut kita cuba. Paling menarik katanya, sambal […]

  2. […] sekarang ni macam-macam boleh dibuat menggunakan bahan yang sama. Terbaharu resipi viral adalah sambal belacan epal hijau. Tekak orang Malaysia ni sambal belacan dengan nasi memang tak boleh di […]

  3. […] BACA JUGA: Cara Mudah Buat Sambal Belacan Kisar. Tak Guna Bawang & Tomato Tapi Memang Sedap […]

  4. […] BACA JUGA :: Cara Mudah Buat Sambal Belacan Kisar. Tak Guna Bawang & Tomato Tapi Memang Sedap […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.