Cara-Cara Buat Rempah Kari Giling Secara Homemade. Pasti Puas Hati

Serbuk kari habis? Alamak macam mana nak masak ni! Ha…Usah pening-pening. Anda boleh je buat sendiri rempah kari ikan ni. Mudah sahaja. Bila buat sendiri, kita boleh ubah resipi ikut selera masing-masing. Kalau nak pedas, boleh lebihkan cili.

Kalau nak kari warna terang, boleh lebihkan kunyit. Lagipun rempah kari homemade ni lebih sedap dari yang dibeli. Terasa wangi bahan-bahan yang digunakan. Jom cuba resipi perkongsian Puan Normah Bahari ni. Pasti puas hati.

REMPAH KARI IKAN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:rempah kari

  • 10-12 biji cili kering
  • 3 sudu besar rempah biji ( ketumbar )
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bwg kecil
  • Kunyit hidup sebesar ibu jari
  • 10-15 biji lada hitam
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar jintan manis

CARA PENYEDIAAN:

rempah kari

  1. Semua bahan dibasuh, tapis dan rendam air panas selama 10 minit , KECUALI bawang dan kunyit hidup.
  2. Kemudian blend/kisar kesemuanya sehingga betul-betul halus.
  3. Sedia untuk dibuat kari .

INFO:

  1. Setelah siap boleh dimasak cara yang sama seperti kita guna serbuk kari.
  2. Kalau buat rempah sendiri , kita tidak akan rasa was-was lagi .
  3. Kalau ada penggiling boleh gunakan untuk rasa yang lagi sedap.

rempah kari

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two + ten =