Home All Petua Dapur Buat Pes Nasi Ayam Homemade, Memang Mudahkan Kerja Memasak.

Buat Pes Nasi Ayam Homemade, Memang Mudahkan Kerja Memasak.

5295
0
pes nasi ayam
Buat Pes Nasi Ayam Homemade, Memang Mudahkan Kerja Memasak. 1

Buat Pes Nasi Ayam Homemade, Memang Mudahkan Kerja Memasak. | Nasi ayam semestinya menjadi kegemaran ramai. Keenakan hidangan ini terletak pada nasinya yang berperisa. Salah satu rahsia kalau nak hasilkan nasi ayam yang sedap adalah pes yang digunakan.

Biasanya ada yang hanya menggunakan air rebusan ayam, kiub pati ayam dan sebagainya namun kali ini, admin kongsikan resipi pes nasi ayam yang dijamin sedap. Rugi kalau tak cuba.

BAHAN-BAHAN BUAT PES NASI AYAM:

  • 4 biji bawang merah
  • Halia ( anggaran panjang sejengkal)
  • 15 ulas bawang putih
  • 7 batang serai
  • 5 sudu makan garam
  • Minyak masak secukupnya

pes nasi ayamCARA MEMASAK:

1. Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.

2. Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.

3. Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.

4. Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.

5. Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.

6. Simpan didalam peti sejuk dan pes nasi ayam ini boleh diguna pada bila-bila masa.

Untuk memasak nasi ayam menggunakan pes ini. Berikut adalah cara-caranya:

Langkah 1:

Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan dua sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan satu sudu makan marjerin.

Langkah 2:

Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat dua inchi.

Langkah 3:

Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.

Langkah 4:

Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.

Nota: Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika digunakan untuk memasak masakan lain.

Kredit gambar & resipi: Paan Selamat

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here