Begini Rupanya Nak Buat Pau Lembut, Cara Mudah & Menjadi Walau Baru Pertama Kali Buat!

Tentunya ibu ketandusan idea untuk menyediakan menu harian untuk anak bawa bekalan ke sekolah. Mungkin boleh mencuba buat kuih pau yang lembut untuk sarapan pagi atau bekalan ke sekolah. Ikuti resipi mudah ini.

 

Resipi Buat Pau

Bahan-Bahan Diperlukan:

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 11/2 sudu gula
  • 1 camca kecil baking powder
  • 1 sudu shortening
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 pkt mauripanInti ikut suka

pau

Cara-Cara Membuat Pau

  1. Campurkan 1/2 sudu gula & yis dlm air suam. Tunggu yis berbuih
  2. Campurkan semua bahan2 lain… tepung, gula, baking powder & shortening.. gaul rata
  3. Masukkan campuran yis & tambah sdkt air sambil uli
  4. Uli sampai doh lembut (uli macam sental baju tu)
  5. Rehatkan doh dlm 30min (tutup rapat /tutup dgn kain lembap)
  6. Lepas 30min, tumbuk doh utk buangkan angin. Uli lagi dlm 5 minit
  7. Bulat2kan, besar ikut suka, masukkan inti
  8. Kukus selama 7 minit dlm air yg dah mendidih , api kukusan besar
  9. Cukup 7 minit, alihkan dulu pengukus baru bukak penutup pengukus

Sumber: Fb Marlia lia via mahn

Jika anda suka dengan resipi kuih pau ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

13 − 5 =