Cara Mudah Buat Homemade Lipbalm Untuk Rawat Bibir Kering

Cara Mudah Buat Homemade Lipbalm Untuk Rawat Bibir Kering | Setiap wanita inginkan bibir yang cantik dan mungil. Bibir jadi kering bila kurang minum air, sakit dan salah penggunaan lipstick. Bila dah kering dan mengelupas, tu yang jadi tak selesa. Nak minum pedih, nak senyum pun sakitnya rasa.

Ada beberapa petua nak pulihkan masalah bibir cenggini. Salah satu cara, oleskan sedikit madu dibibir. Ya petua ni memang bagus. Tapi tak semuanya yang rajin nak buat setiap malam. Kadang-kadang terlupa.

Jadi apa kata, kita buat lipbalm homemade. Dari bahan pun natural. Kita pun tak risau nak pakai. Idea ini di kongsi oleh FB Norshahida Lambri. Thanks awak sudi kongsi resipi homemade.

Bahan-bahan untuk buat lipbalm homemade

  • Beeswax 4g
  • Sheabutter 3g
  • Olive oil 10g

Cara cara buat lipbalm homemade

  1. Satukan beeswax dan shea butter, panaskan (secara double boil) hingga cair.
  2. Setelah 2 bahan tadi cair, masukkan olive oil kacau hingga sebati.
  3. Tuangkan ke dalam bekas, biarkan selama 20 minit. Akan mengeras.
  4. Akhirnya siap lipbalm homemade.

lipbalm

lipbalm

lipbalm

Semudah abc kan. Kos pun jimat hanya 3 bahan, yang penting selamat. Anak-anak pun boleh pakai. Pagi dan sebelum tidur, oleskan sedikit. Kalau kita rajin, buatlah tiap hari. Hasilnya bibir akan jadi lembut dan sihat. Tiada lagi senyuman yang merekah. Pakai lipstick pun jadi cantik bibir, glossy gittuw.

Jika anda suka dengan artikel ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

BACA JUGA :: Nak Bibir Pink Macam Baby, Gunakan 3 Bahan Ni Je!

You might also like

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.