Hanya Guna Kaedah Cubit-Cubit Buang Pucuk Pokok Cili, Tunas Baru Tambah Merimbun!

Hanya Guna Kaedah Cubit-Cubit Buang Pucuk Pokok Cili, Tunas Baru Tambah Merimbun! | Boleh dikatakan Cili Padi antara bahan wajib beli setiap kali kita ke pasar atau beli barang dapur. Kalau beli cili padi kampung, walaupun sepeket kecil boleh tahan juga harganya.

Lebih jimat kalau kita dapat tanam sendiri dalam pasu di balkoni rumah. Sepohon merimbun cili, tak habis makan. Bila nak guna pun senang tinggal petik je.Nak tanam cili padi yang subur merimbun ni ada caranya.

Boleh ikut tip tanam Pokok Cili Padi Kampung yang dikongsikan oleh Cik Pooja ini.

“Cikpooja nak belanje picture pokok cabai burung @ cili kampung @ cili padi.
Tanam dalam pasu kat balkoni umah je. Alhamdulillah..sepokok je pon!!
Makan tak habih.”

“Kepada yang bertanya cara tanam. Cikpooja ni tak lah pakar sangat. Semua ni bidang terjun je nih.Ni cara cikpooja tanam cili ni yea.”

“Cikpooja tak tau kaedah apa yang cikpooja guna ni. Janji hidup subur sudah.”

Bahan-Bahan untuk kaedah cikpooja tanam nih:

  • Anak pokok cili
  • Pasu yang diisi tanah bakar (pasu yang berlubang dibawah yea)
  • Baldi (yang ngam-ngam ngan pasu yea)
  • Bancuhan baja AB

Cara-Caranya:

1.Tanam anak pokok cili dalam pasu
2.Letak pasu di atas baldi yang diisi dengan air bancuhan baja AB tu. (Air baja tu isi agak-agak bila letak pasu. Bontot pasu cecah air baja yea.)

pokok cili

3.Cikpooja guna cara ni sebab mudah dan senang. Tanah akan sentiasa lembap.
4.Bila air baja dah nak kering, kita topup lagi.
5.Bila pokok dah naik segar elok. Cikpooja guna kaedah CUBIT-CUBIT buang pucuk pokok cili tu supaya dia bertambah tunas baru.InsyaAllah akan lagi merimbun pokok cili kita lepas tu.

pokok cili6.Satu je masalah bila tanam cili ni, serangan bena (bende yang putih-putih tu). Cikpooja tak guna pape racun serangga pon. Cuma hari-hari cikpooja akan intai-intai bawah-bawah daun tu dan tenyeh-tenyeh deme tu. Daun yang patut buang, kita buang.

pokok cili

Macam tu je lah caranya.Takde rahsia lain dah.

pokok cili

Tip Ekstra!

*Cikpooja tanam guna biji cili yang dah masak ranum (Lenyek-lenyek je kat tanah dalam pasu semaian)
*Selepas seminggu.Insya Allah dia akan bercambah.
*Masa ni kita cuma kena pantau kelembapan tanah je. Jangan terlebih siram yea. Tak payah guna baja lagi.(sat gi baby pokok panaih, teruih KO)
*Bila pokok dah keluarkan daun dalam 5,6 helai, tempoh tanam dalam sebulan gitu, Okeyyyyy boleh ubah ke pasu baru yea!

Baca Lagi Di Sini: Tanam Pokok Cili Nampak Mudah, Tapi Pekebun Di Rumah Perlu Ambil Tahu 5 Masalah Asas Tanaman Ni

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang nak cuba tanam cili padi kampung boleh ikut tip dan cara yang dikongsikan ini. Jimat belanja dapur!

Sumber: Cik Pooja

You might also like
1 Comment
  1. […] BACA JUGA: Hanya Guna Kaedah Cubit-Cubit Buang Pucuk Pokok Cili, Tunas Baru Tambah Merimbun! […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.