Petua Buang Blackhead Guna Cleansing Oil, Kulit Jadi Licin Tanpa Rasa Sakit!

Petua Buang Blackhead Guna Cleansing Oil, Kulit Jadi Licin Tanpa Rasa Sakit! | Selain daripada jerawat, masalah blackhead juga sering membimbangkan kaum perempuan kerana mereka akan merasa tidak berkeyakinan diri.

Kulit muka yang berminyak berpotensi untuk mengalami masalah pada liang pori dan ia secara tidak langsung mengundang masalah lain seperti whitehead, blackhead dan jerawat.

Jadi apakah rutin yang korang selalu buat untuk hilangkan masalah blackhead ini?

Jom kita lihat petua yang dikongsi oleh Raihana Bakhtiar ini cara-cara untuk menghilangkan blackhead dengan menggunakan cleansing oil.

Step 1

Sapukan Vaseline pada hidung atau ditempat yang korang rasa ada blackhead, lepas tu ambil (cling film) food wrap yang jernih letak di kawasan muka yang kita sapu Vaseline tadi. Ambil tuala kecil panas yang dicelup dengan air panas, kemudian perahkan sedikit tekap di atas cling flim tersebut selama 15 hingga 30 minit untuk cairkan Vaseline

blackhead

Step 2

Pastikan tangan korang kering, dah siap tekap dengan tuala panas kemudian ambil tisu/kapas lap dan buang Vaseline dari area muka korang. Kemudian, letak cleansing oil dan urut pada wajah. Urut sehingga jari rasa berpasir. Ambil air sedikit letak dikawasan yang diurut tadi, minyak tersebut akan menjadi warna putih seperti buih. Lap seluruh wajah

Step 3

Selepas dah lap, letak lagi cleansing oil dan urut semula wajah korang. Sama seperti tadi, urut sehingga minyak tersebut sampai jadi buih putih. Ulang step ini beberapa kali sehingga puas hati. Bila buat berulang kali baru mudah blackhead tu nak keluar

BACA JUGA :: Tip Menghilangkan Blackhead Menggunakan 2 Bahan Mudah

blackhead

Step 4

Lap semua bekas minyak tersebut guna kapas (lebih elok dari tisu). Cuci muka, scrub secara lembut dan bilas dengan air sejuk. Dah siap bilas muka, sambung pula letak cleansing lotion (kalau pakai), lepas tu letak toner atau skincare rutin korang semua. Paling penting, pakai toner dulu ya. Kalau rajin seminggu buatlah dalam dua kali seminggu

Mudah sahaja kan? Tak perlu lagi korang nak guna pelekat atau picit sendiri kerana ia menyakitkan dan membuatkan pori terbuka lagi besar. Kalau korang rajin ikut step yang diberikan ini, confirm kulit wajah korang rasa licin selepas treatment DIY ini.

Tak percaya? Cubalah. Hiks!

Sumber: Raihana Bakhtiar

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

20 − 18 =